Isuzu D-Max 2020 serba baharu kini adalah trak pikap paling laris di Thailand – terjual dengan jumlah yang lebih banyak berbanding jumlah jualan Toyota Hilux Revo, Mitsubishi Triton dan Ford Ranger digabungkan sekali pada bulan Jun tahun ini, mengikut laporan Headlight Mag.
Pada bulan Jun, Isuzu berjaya menjual sejumlah 14,868 unit D-Max. Angka ini masih lagi 3,152 unit lebih tinggi berbanding gabungan jumlah jualan saingannya.
Hingga sekarang, sejumlah 67,625 D-Max telah terjual - 45.3% daripada 149,432 pikap terjual di Thailand. Berada di tempat kedua ialah Hilux Revo dengan 49,622 (33.2%) unit terjual dan pada tempat ketiga pula ialah Triton dengan hanya 11,598 (7.8%) unit terjual di sana.
Pemangkin kepada jumlah jualan D-Max yang mengagumkan ini barangkali kerana ia adalah model serba baharu, berbanding Toyota Hilux atau Mitsubishi Triton.
Walaubagaimanapun, kita boleh jangkakan yang persaingan ini akan jadi lebih ketat lagi kerana Toyota baru-baru ini melancarkan Hilux Revo Rocco dengan spesifikasi tinggi – enjin turbodiesel 2.8 liter yang disemak semula – dan Nissan juga tampak seperti nak ‘lawan tauke’ juga dengan NP300 Navara yang juga disemak semula.
Jangan lupa juga dengan kehadiran Mazda BT-50 serba baharu – dibina berdasarkan Isuzu D-Max.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}