window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ibu bapa pemandu Alza bawah umur langgar pemotong rumput di Kedah berdepan tindakan - MOT

Mersita · May 9, 2022 02:30 PM

Ibu bapa pemandu Alza bawah umur langgar pemotong rumput di Kedah berdepan tindakan - MOT 01

Pemilik MPV Perodua Alza yang dipandu remaja berusia 16 tahun sehingga melanggar pokok dan menggilis dua pemotong rumput di Kedah boleh berdepan tindakan tegas kerana membenarkan individu bawah umur memandu kenderaannya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, membenarkan anak atau mana-mana individu tidak cukup umur memandu adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ibu bapa pemandu Alza bawah umur langgar pemotong rumput di Kedah berdepan tindakan - MOT 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Dalam kes ini kecuaian dan kalau sebabkan kecederaan mana-mana pihak, sesiapa yang disabitkan kesalahan ini boleh diambil tindakan keras,” katanya ketika ditemui Kosmo dalam satu majlis rumah terbuka semalam.

“Kalau budak ini tak ada lesen dan tak ada insurans, macam mana dia boleh bawa. Kalau tak ada lesen memang tidak ada perlindungan insuran. Kita jaga pengguna jalan raya lain,” katanya lagi kepada akhbar itu.

Pada Sabtu (7 Mei) lalu, seorang pekerja pemotong rumput warga Myanmar, Cinglowpa (20), yang mengalami kecederaan parah di kepala setelah dilanggar remaja berkenaan maut di tempat kejadian, manakala rakan senegaranya Jamal Husson Fozol Haque (33) patah bahu kanan. Kejadian berlaku pada jam 11 pagi di Jalan Pintasan Semeling, Bedong, Sungai Petani.

Ibu bapa pemandu Alza bawah umur langgar pemotong rumput di Kedah berdepan tindakan - MOT 01

Difahamkan, kedua-dua mangsa sedang berehat di bahu jalan bersama pekerja-pekerja lain bagi melepaskan lelah selepas memotong rumput di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, hasil siasatan mendapati remaja berkenaan memandu Alza berkenaan tanpa pengetahuan bapanya. Remaja itu juga didapati memandu dengan laju sebelum hilang kawalan dan merempuh dua pokok sebelum melanggar mangsa. Ujian air kencing mendapati remaja berkenaan bebas dari pengaruh dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Juga baca: PDRM pernah beri amaran hukuman untuk ibu bapa anak berbasikal lajak, netizen korek balik poster

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda