Afrika Selatan kini merupakan negara ketiga selepas Thailand dan India yang mengeluarkan Isuzu D-Max generasi RG.
Seperti Thailand, Afrika Selatan mempunyai budaya trak yang sangat kuat, di mana trak pikap dirujuk oleh penduduk tempatan sebagai 'bakkies.'
Isuzu D-Max untuk pasaran Afrika Selatan akan dipasang di kilang Isuzu Motors South Africa (Pty) Limited di Gqeberha (dahulunya dikenali sebagai Port Elizabeth).
Isuzu D-Max buatan Afrika Selatan akan dieksport ke 34 negara di wilayah Sub-Sahara.
Di Malaysia, Isuzu D-Max diimport (CBU) dari Thailand.
Harga bermula dari RM 90,449 untuk varian 1.9L 4x4 MT Single Cab, manakala varian Double Cab bermula dari RM 107,449 untuk 1.9L 4x4 MT dan mencecah sehingga RM 142,438 untuk varian tertinggi 3.0L 4x4 AT X-Terrain.
Baca juga: Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}