window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isu lonjakan tambang e-hailing, betul ke keuntungan pemandu berlipat ganda?

Khairil · Jun 2, 2022 05:00 PM

 

Isu lonjakan tambang e-hailing, betul ke keuntungan pemandu berlipat ganda? 01

Kepada pengguna perkhidmatan e-hailing, kenaikan harga tambang yang dilihat berlaku secara mendadak terutama daripada pengendali GrabCar di kawasan Lembah Klang memang mencetus rasa gusar.

Menurut laporan, tambang perjalanan untuk perkhidmatan berkenaan sekalipun bukan pada waktu puncak naik sekali ganda, dan kadar tambang boleh terus meningkat jika pengguna menggunakan ketika waktu puncak atau cuaca hujan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Tambang Grab mahal, pengguna mula ambil teksi untuk elak ‘harga kayangan'

Isu lonjakan tambang e-hailing, betul ke keuntungan pemandu berlipat ganda? 01

Tetapi selaras dengan peningkatan bayaran yang dikenakan kepada pengguna, timbul juga persoalan adakah ia sememangnya memberikan pendapatan atau keuntungan kepada berlipat ganda kepada pemandu.

Memetik laporan akhbar China Press, susulan pembukaan sektor ekonomi yang lebih meluas oleh kerasaan, jumlah perjalanan dan pelanggan seseorang pemandu e-hailing memang mengalami peningkatan.

Ia disebabkan oleh kekurangan pemandu tetapi berikutan kadar tambang turut dipengaruhi masa perjalanan, destinasi dan polisi syarikat yang berbeza, ia menyebabkan peningkatan pendapatan yang diperoleh pemandu tidak statik.

Isu lonjakan tambang e-hailing, betul ke keuntungan pemandu berlipat ganda? 02

Sumber imej: BusinessToday

Justeru, sekalipun ada pemandu yang mendedahkan mereka memperoleh peningkatan hasil berkali ganda, tetapi ada juga yang menerima tambahan pendapatan sebanyak 10 peratus sahaja.

Seorang pemandu GrabCar sepenuh masa dikenali sebagai Yuan memberitahu China Press isu membabitkan aduan pengguna yang mendakwa harga tambang meningkat 100 peratus hingga 200 peratus tidak diterjemahkan secara langsung kepada pendapatan pemandu.

Juga baca: Berbilion dikaut, pemandu teksi Malaysia desak kerajaan lancar platform e-hailing sendiri

Isu lonjakan tambang e-hailing, betul ke keuntungan pemandu berlipat ganda? 03

Sumber imej: Papa Grab

Melakukan 20 hingga 30 perjalanan dilakukannya setiap hari, termasuk pada masa puncak dan bukan puncak, Yuan berkata kenaikan pendapatan yang diperolehnya hanya meningkat 10 peratus berbanding sebelum ini.

“Selepas menolak komisen 20 peratus oleh syarikat, maka hasilnya adalah kira-kira RM 300 hingga RM 350 setiap hari. Ia adalah tambahan 10 peratus berbanding antara RM 280 hingga RM 320 sebelum ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Yuan berkata pengendali e-hailing itu sebelum ini menyediakan insentif khas untuk menggalakkan pemandu mengambil penumpang pada masa puncak, tetapi jumlah insentif telah dikurangkan secara mendadak.

Isu lonjakan tambang e-hailing, betul ke keuntungan pemandu berlipat ganda? 04

Sumber imej: Grab

Dan tanggungan insentif itu kemudiannya dialihkan kepada pengguna sebagai “caj permintaan” sekali gus menyebabkan pengguna merasai kenaikan tambang dengan banyak namun ia tidak diperoleh secara terus kepada pemandu.

Untuk kenaikan tambang 300 peratus pula, Yuan berkata, keadaan itu jarang berlaku melainkan terjadinya hujan lebat dan banjir kilat yang menyebabkan permintaan melonjak secara mendadak semasa kekurangan pemandu.

Isu lonjakan tambang e-hailing, betul ke keuntungan pemandu berlipat ganda? 05

Sumber imej: PYMNTS.com

Selain itu menurut Yuan, kenaikan tambang secara mendadak pada masa puncak mempunyai kaitan dengan polisi kerajaan iaitu penguatkuasaan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

"Sebelum dikuatkuasakan, Grab mempunyai 300,000 pemandu, tetapi jumlah ini menurun kepada 160,000 pada masa ini. Ini bukan satu keadaan yang baik, kerana permintaan untuk e-panggilan semakin meningkat setiap hari,” katanya.

Juga baca: 100 teksi terbang untuk e-hailing Air Asia, KLIA – KL Sentral hanya 11 minit!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda