Mana satu lagi bagus? Timing chain atau timing belt?

Selalunya orang akan bandingkan beberapa spesifikasi kereta sebelum membuat pembelian. Antaranya soalan yang ditanya; Enjin berapa cc? Brek jenis apakah yang digunakan? Apakah jenis transmisi yang digunakan? Adakah ia didatangkan dengan AEB yang menyeluruh? Bagi sesetengah orang, macam-macam jenis spesifikasi lagi yang dilihatnya. Kali ini, kami akan bincangkan tentang timing belt dan timing chain.

Timing belt menghubungkan gegancu crankshaft (crankshaft sprocket) dan gegancu camshaft (camshaft sprocket). Sumber gambar

Timing chain atau timing belt digunakan untuk membuat pusingan camshaft dan crankshaft bergerak sama dengan harmoni. Kebanyakan enjin sekarang menggunakan konfigurasi Overhead Cam (OHC). Oleh itu, belt dan chain diperlukan untuk menghubungkan crankshaft dengan camshaft. Enjin yang menggunakan konfigurasi push rod juga memerlukan timing belt atau timing chain (lebih pendek).

Sebuah enjin push rod. Ia masih menggunakan camshaft dan timing belt/chain/gear. Sumber gambar

Ada yang berpendapat timing chain lebih bagus kerana ia tahan lebih lama. Ada pula yang mengatakan timing belt lebih bagus kerana ia lebih murah untuk diganti dan juga lebih senyap. Tapi malangnya, anda tak boleh pilih nak timing belt atau timing chain apabila hendak membeli kereta. Kalau nak yang spesifik, anda perlu pilih kereta lain.

Contohnya antara Perodua Myvi dan Proton Iriz. Myvi didatangkan dengan timing chain, manakala Iriz pula dengan timing belt. Adakah ini akan bermaksud kehebatan kedua-dua kereta ini berada pada tahap berbeza? Adakah salah satu daripada kereta ini lebih murah untuk dijaga berbanding dengan yang satu lagi?

Jom kita jawab beberapa soalan untuk fahami perkara ini dengan lebih mendalam lagi.

S: Apa itu timing belt?

J: Timing belt ialah satu belt getah yang dipacu oleh crankshaft dan memacu camshaft.

Timing belt

S: Apa itu timing chain?

J: Timing chain ialah satu rantai yang dipacu oleh crankshaft dan memacu camshaft.

Timing chain. Sumber gambar

S: Mana satu yang lebih bagus – timing chain atau timing belt?

J: Timing chain lebih kuat berbanding timing belt. Timing chain juga tahan lebih lama. Manakala timing belt pula lebih senyap berbanding timing chain dan ia lebih mudah dan murah untuk diganti.

S: Adakah timing chain lebih mahal daripada timing belt?

J: Ya. Selalunya tak banyak beza dari segi harga. Penukaran timing chain juga memerlukan penukaran beberapa gear memandangkan gigi gear juga telah haus. Walaubagaimanapun, chain/rantai tidak perlu ditukar sekerap timing belt.

S: Adakah timing chain lebih tahan lama berbanding timing belt?

J: Ya.

S: Dah tu, kenapa pembuat kereta guna timing belt?

J: Ia lebih murah dan boleh berfungsi dengan baik.

Dengan penjagaan yang sempurna, hampir semua kereta boleh hidup lebih lama daripada pemiliknya

S: Adakah timing chain lebih sukar untuk diganti berbanding timing belt?

J: Ya. Timing chain perlu dilincirkan oleh minyak enjin. Oleh itu, ia diletakkan di dalam perumah yang lebih tertutup. Ini bermaksud ia lebih rumit dan susah untuk mengganti timing chain. Timing belt selalunya hanya ditutup oleh penutup plastik yang lebih mudah dibuka apabila membuat kerja-kerja maintenance.

Lebih banyak bahagian yang perlu dicabut dan dibuka untuk mengakses timing chain. Sumber gambar: Borneo Auto

Timing belt boleh diakses hanya dengan membuka penutup plastiknya. Timing belt tidak memerlukan pelincir

S: Adakah penggunaan timing chain atau timing belt akan memberi kesan pada penggunaan bahan api atau minyak?

J: Tidak.

S: Kalau kereta saya gunakan timing chain, adakah ini bermaksud prestasinya akan jadi lebih baik?

J: Tidak.

S: Adakah timing chain boleh haus?

J: Ya – gigi gear dan jejaring gegancu (sprocket). Gigi gear lama-kelamaan akan haus dan rantai/chain tersebut akan meregang dan menjadi lebih longgar dan panjang. Anda akan terpaksa ganti juga nanti. Walaubagaimanapun, tiada tempoh masa yang ditetapkan bagi setiap kali timing chain perlu diganti.

Lama kelamaan, timing chain akan meregang dan boleh terlepas dari gigi gear. Sumber gambar: Road Race Engineering

Selalunya, lampu amaran enjin akan menyala apabila timing chain sudah renggang yang boleh merosakkan enjin. Tutup enjin kereta anda jika ini berlaku. Regangan rantai ini akan menyebabkannya terlepas dari gigi gear dan menggangu sinkroni antara omboh (piston) dan injap (valve). Kekasaran boleh dirasai apabila kereta berhenti atau pegun.

S: Adakah timing belt boleh haus?

J: Ya. Inilah sebabnya mengapa ia perlu diganti pada lebih kurang setiap 100,000 km. Timing belt yang tidak terjaga boleh putus dan menyebabkan kerosakan teruk pada enjin (terutamanya enjin interference). Timing belt juga boleh tergelincir/terlepas disebabkan oleh gigi yang haus.

Gigi haus pada timing belt. Sumber gambar

S: Apakah implikasi dan kesan daripada timing belt yang rosak atau timing chain yang longgar?

J: Jika timing belt terputus, injap dan omboh anda mungkin berlanggar antara satu sama lain.

Timing belt yang terputus. Sumber gambar

Inilah perkara yang terjadi pada enjin interference yang lebih efisien dan kompak rekaannya. Timing belt lebih mudah terputus. Tapi, selalunya jika anda sering menggantikannya tepat pada masanya, masalah ini tidak sepatutnya terjadi.

Apabila sinkronisasi terjejas, injap dan omboh boleh berlanggar. Sumber gambar

S: Adakah kereta berprestasi tinggi gunakan timing chain ataupun timing belt?

J: Antara dua. RB26DETT yang lebih lama menggunakan timing belt. VR38DETT yang lebih baru menggunakan timing chain.

Timing chain pada Nissan GTR

Beberapa jenis kereta seperti Ferrari Enzo tidak menggunakan timing belt mahupun timing chain. Sebaliknya, ia menggunakan sekumpulan timing gear untuk mengharmonikan pergerakan injap dengan pusingan enjin. Timing gear lebih bising berbanding timing chain.

Timing gear di dalam Ferrari Enzo

Secara ringkasnya:

  • Timing chain tahan lebih lama berbanding timing belt, tapi ia lebih mahal sedikit.
  • Tiada kelebihan prestasi atau kecekapan petrol antara kedua-dua jenis ini.
  • Kos yang lebih rendah adalah sebab utama bagi penggunaan timing belt pada kereta. Ia berfungsi baik-baik saja.
  • Timing chain boleh meregang lama-kelamaan dan menyebabkannya terlepas dari gigi gear.
  • Gigi timing belt boleh haus dan terlepas. Timing belt juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk putus.
  • Kegagalan timing belt atau timing chain boleh merosakkan enjin dengan teruk.
  • Kelebihan timing belt ialah bunyinya lebih senyap.

Apa jua sistem timing yang digunakan pada kereta anda, sila lakukan pemeriksaan dan servis yang kerap untuk memastikan timing belt atau chain kereta anda berfungsi dengan baik.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mitsubishi Xpander

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model