Honda Malaysia sebentar tadi baru sahaja membuka tempahan buat Honda HR-V 2022 generasi baru untuk pasaran kita. Dengan tema ‘Amp Up Your Life’, pewaris kepada legenda SUV segmen B yang cukup dinantikan ini bakal dilancarkan dalam suku 3 tahun 2022.
Secara teknikal, ia akan ditawarkan dengan pilihan enjin petrol dan hibrid e:HEV yang mana ia dikhaskan buat varian RS. Varian teratas ini mempunyai 131 PS dan 253 Nm tork.
Antara ciri yang ada termasuklah kamera LaneWatch, but belakang berkuasa, fungsi Walk Away Close & Lock, dan Remote Engine Start. Dari segi keselamatan pula, HR-V baru akan datang dengan ADAS Honda Sensing yang merangkumi ciri:
Secara amnya, Honda HR-V di Malaysia telah terjual sebanyak 111,000 unit sejak diperkenalkan pada tahun 2015. Jadi dengan generasi baharu yang bakal tembus pasaran kita dalam masa beberapa minggu lagi, adakah ia mampu mengekalkan aura dan impak seperti sebelum ini?
Sama-sama kita nantikan. Untuk anda yang berminat bolehlah membuat tempahan di bilik pameran Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas Honda di 1800-88-2020.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}