window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masih ramai pemilik kereta tak beli insuran banjir, adakah harga insurans 'special perils' mahal?

Mersita ยท Jun 15, 2022 07:00 PM

Masih ramai pemilik kereta tak beli insuran banjir, adakah harga insurans 'special perils' mahal? 01

Foto: Nor Faizal

Cuaca hujan yang tidak menentu dan risiko banjir yang semakin tinggi di beberapa negeri seluruh Malaysia membuatkan ramai pemandu trauma untuk berada di jalan raya ketika hujan lebat. Setelah bah besar melanda Lembah Klang pada Disember 2021 sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda, rata-rata semua orang sudah sedar tentang risiko berlakunya banjir walau di kawasan yang tidak dijangka akan terjejas.

Dari situ juga kita tahu serba-sedikit tentang kos pembaikan dan pemulihan kenderaan yang rosak akibat banjir – melihat resitnya saja boleh buat biji mata tersembul. Namun, tahukah anda masih ramai pemilik kenderaan tidak membeli perlindungan insurans banjir?

Masih ramai pemilik kereta tak beli insuran banjir, adakah harga insurans 'special perils' mahal? 02

Menurut perangkaan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) pasca-banjir tahun lalu, hanya 4 peratus daripada rakyat Malaysia yang telah membeli insurans banjir atau ‘special perils’ bagi melindungi kenderaan mereka. Seperti dilaporkan Berita Harian, AXA Affin General Insurance Bhd (AXA) mendedahkan yang lebih 80 peratus daripada kenderaan ditunda syarikat itu tidak dilindungi dengan insurans banjir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ya, ada peningkatan dalam pembelian perlindungan insurans ‘special perils’ selepas bencana alam tersebut berlaku, tetapi jumlahnya sedikit. AXA berkata hanya 3.9 peratus pemegang polisi motor syarikat bertindak menambah perlindungan banjir ke dalam polisi motor masing-masing.

Berapakah kos insurans bagi perlindungan banjir/’special perils’?

Masih ramai pemilik kereta tak beli insuran banjir, adakah harga insurans 'special perils' mahal? 01

Menurut pengalaman ketika hendak ‘renew’ insurans kereta pada tahun lalu, kos untuk menambah perlindungan ‘special perils’ adalah bergantung kepada jumlah ‘Sum Assured/Covered’ iaitu jumlah maksima yang boleh dituntut bagi kereta anda pada masa itu. Misalnya, harga perlindungan insurans untuk ‘special perils’ (termasuk banjir) ditawarkan Etiqa Car Takaful adalah 0.5 peratus daripada ‘sum assured’. Oleh itu, jika kereta anda dilindungi dengan RM 20,000, anda hanya perlu menambah kira-kira RM 100 ke dalam polisi insurans motor anda.

Juga baca: Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam?

Masih ramai pemilik kereta tak beli insuran banjir, adakah harga insurans 'special perils' mahal? 02

Foto: Hafizul Hanif

Setiap tahun di bulan ‘hari jadi’ kereta anda, anda pasti perlu berbelanja lebih sedikit. Manakan tidak, pemilik kereta Perodua Myvi pun terpaksa berbelanja RM 400 – 500 atau lebih pada bulan itu untuk perbaharui insurans kereta dan cukai jalan. Tambahan 0.5 peratus daripada jumlah yang dilindungi kadangkala bukan sedikit bagi marhaen yang ke hulu ke hilir hanya dengan ‘King’ ini. Untuk kereta baru, kos tambahan untuk perlindungan ‘special perils’ pasti lebih tinggi.

Namun, kesedaran tentang kepentingan insurans patut diperkasakan lagi. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Namun, bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang makan gaji dan setiap bulan ‘sempit’ di musim harga barang/komoditi naik masa kini, fikir-fikirkanlah. Mungkin boleh mulakan tabung untuk tambah insurans kereta.

Juga baca: Tuntutan banjir cecah RM 3 billion, syarikat insurans kini bersedia hadapi tuntutan sebanyak itu!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda