Nampaknya kenderaan elektrik (EV) makin mendapat tempat di kalangan rakyat Indonesia. Kini, Hyundai Ioniq 5 sudahpun mengatasi jualan Honda CR-V pada Mei 2022.
Malah, penerimaan untuk Ioniq 5 amat memberangsangkan di Nusantara dengan lebih 800 tempahan dibuat pada Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2022 pada bulan April. Ini menyumbang kepada angka jualan 51 peratus daripada kereta Hyundai baharu yang ditempah di pameran permotoran itu.
Baca juga: Ioniq 5 CKD laku kaw, sumbang 50% daripada jumlah tempahan Hyundai di Indonesia Motor Show 2022
Ioniq 5 di Indonesia ditawarkan dengan 4 varian berharga dari IDR 718 juta hingga IDR 829 juta (~RM 214k – RM 247k). Sebagai perbandingan, Ioniq 5 berspesifikasi Malaysia boleh didapati dengan 3 varian berharga dari RM 199,888 hingga RM 259,888 (termasuk diskaun SST, sehingga 30-Jun 2022) dan diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea.
Baca juga: EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank!
Tambahan pula, Ioniq 5 akan dipasang di Indonesia (CKD) pada tahun ini dan kepulauan itu akan menjadi negara pertama di luar Korea yang memasang EV retro-futuristik ini.
Baca juga: Kilang baru Hyundai di Indonesia – pemasangan CKD di Kulim seperti biasa?
Menurut data jualan Mei 2022 oleh Gaikindo, 195 unit Ioniq 5 telah dijual di Indonesia. Ioniq 5 bukan sahaja melebihi jualan Honda CR-V (167 unit) dan Wuling Almaz (100 unit) tetapi ia juga merupakan SUV bersaiz sederhana terlaris (segmen C) untuk bulan itu!
Baca juga: Ioniq 5 akan capai jualan unit ke-90,000 tak lama lagi; EV paling laris dari Hyundai Motor
Namun, jualan SUV segmen C hanya menyumbang sedikit sahaja kepada keseluruhan jualan kereta baharu Indonesia. Secara keseluruhan, hanya 750 unit dalam sepuluh model telah dijual di negara ini dalam tempoh tersebut. Daihatsu Terios, trio Toyota Rush dan Perodua Aruz terjual lebih banyak (768 unit) pada bulan Mei berbanding keseluruhan segmen yang digabungkan.
Bagaimanapun, SUV semakin bertapak di nusantara sebagai salah satu segmen paling popular dengan Honda HR-V menjadi SUV segmen B terlaris negara dengan 1,799 unit terjual, meletakkannya di tempat ke-6 keseluruhan pada bulan Mei.
Jualan kereta di Indonesia (Mei 2022) | |
---|---|
Model | Unit |
Honda Brio | 4,121 |
Toyota Calya | 2,223 |
Toyota Innova | 2,046 |
Daihatsu Sigra | 1,890 |
Mitsubishi Pajero Sport | 1,834 |
Honda HR-V | 1,799 |
Toyota Avanz | 1,792 |
Mitsubishi Xpander | 1,438 |
Honda BR-V | 1,400 |
Toyota Rush | 1,349 |
Ia merupakan sambutan berganda bagi Honda di Indonesia apabila Honda Brio memegang gelaran kereta terlaris bulan ini dengan 4,121 unit terjual. Sementara itu, Toyota Avanza, model jualan terlaris April, jatuh ke tempat ke-7 dengan 1,792 unit terjual.
Baca juga: 6 model Toyota sapu carta jualan Top 10 di Indonesia pada April 2022, Avanza No. 1 & Veloz No. 3!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}