window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k!

Haris · Apr 1, 2021 11:59 AM

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 01

Wuling Motors Indonesia telah melancarkan tawaran terbaharu mereka iaitu Wuling Almaz RS 2021. Bagi yang pertama kali mendengar mengenai model ini, Wuling Almaz kini adalah antara SUV 7 penumpang yang terlaris di Indonesia. 

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat 3 varian yang diperkenalkan iaitu Wuling Almaz RS Exclusive (5 penumpang), Wuling Almaz RS Exclusive (7 penumpang) dan Wuling Almaz RS PRO (7 penumpang). Ketika ini, Indonesia sedang menawarkan pengurangan cukai PPnBM yang turut meliputi kenderaan justeru harga bagi kesemua model adalah seperti berikut:

Harga Wuling Almaz RS
Varian Wuling Almaz RS Harga tanpa PPnBM Tukaran Matawang
Exclusive (5 penumpang) Rp 340,8 juta RM 97,019
Exclusive (7 penumpang) Rp350,3 juta RM 99,723
PRO (7 penumpang) Rp354,8 juta RM 101,004

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 01

Menjana Wuling Almaz RS ini adalah enjin 1.5 liter bercaj turbo yang digandingkan dengan transmisi CVT 8 kelajuan. Enjin ini mampu menjana sehingga 141 PS kuasa kuda dengan 250 Nm tork.

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 02

Untuk harga yang ditawarkan, Wuling Almaz RS menawarkan ruang yang besar, ciri yang canggih pada harga mampu milik. SUV segmen C ini dilengkapi dengan ciri ADAS seperti Adaptive Cruise, Lane Recognition, Safe Distance & Braking Assistance serta Automatic Light.

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 03

Malah, model paling tinggi PRO mempunyai Traffic Jam Assistance (TJA), Intelligence Cruise Assistance (ICA), Lane Departure Warning (LDW), Lane Keeping Assist (LKA) dan Intelligence Head Beam Assistance (IHBA)

Bukan sekadar ADAS, Wuling Almaz RS turut menerima kelengkapan canggih seperti Wuling Interconnected Smart Ecosystem (WISE) yang merupakan persediaan kepada Internet of Vehicle (IoV). Hal ini membolehkan fungsi seperti Vehicle Remote Control, Bluetooth Key, Vehicle Positioning dan Geo-fencing Security diadakan.

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 04

Sistem ini turut menghubungkan kenderaan dengan aplikasi mudah alih MyWuling+. Seperti Geely GKUI, MyWuling+ membenarkan pemilik untuk melakukan arahan dalam bahasa Indonesia. Ya, GKUI pun tiada bahasa tempatan.

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 05

Apa lagi yang canggih? Wuling Almaz RS turut dilengkapi dengan pad pengecas nirwayar dan mesin ionizer udara terbina dalam.

Bagi ciri-ciri yang lebih mewah pula, ia mempunyai bumbung suria panorama, suis penghidup mula, kamera 360 darjah, Electric Parking Brake (EPB) dan Auto Vehicle Hold (AVH).

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 06

Bergerak ke bahagian luar pula, Wuling Almaz RS kelihatan seperti SUV 7 penumpang biasa. Pada bahagian hadapan, ia mengenakan jalur lampu DRL pada bahagian atas manakala lampu hadapan pada bahagian bawah seperti Mitsubishi Xpander. Gril melintang pada bahagian atas dan bawah dibahagikan dengan jalur merah yang melintasi nombor plat.

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 07

Wuling Almaz RS juga tampil dengan bumbung hitam, bahagian plastik hitam pada sekeliling kereta dan rel bumbung. Terdapat juga garis badan yang menyambungkan lampu DRL sehingga ke belakang.

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 08

Pada bahagian dalam, SUV 7 penumpang ini walaupun nampak ringkas tetap sarat dengan ciri terkini. Antaranya adalah skrin infotainment 10.4” besar gedabak, meter digital 7”, tempat duduk dengan pelarasan elektronik dan tingkap kuasa anti sepit (power window) untuk kesemua tingkap. Kemasan kulit menjadi pilihan utama pada bahagian stereng dan tempat duduk.

Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k! 09

Dengan harga sekitar RM 100k (tukaran langsung), tidak hairanlah jika Wuling Almaz RS mampu menjadi SUV pilihan rakyat Indonesia. Tambahan pula, Wuling begitu komited dengan Indonesia malah membuka kilang di sana.

Sementara itu di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor dikhabarkan akan memperkenalkan jenama Wuling ke sini. Mampukah pembeli di Malaysia dapat melihat Wuling seperti mana ia melihat model Proton kini?

Bacaan Lanjut:

Tan Chong mungkin lancar jenama Wuling di Malaysia dan Thailand?

Jika Wuling masuk Malaysia, adakah MPV Wuling Victory ada peluang cerah di pasaran kita?

Wuling Hongguang adalah SUV paling laris global tahun 2020. Jenama apa?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda