Honda Malaysia sebentar tadi mengumumkan pemanggilan semula (recall) buat model City, City Hatchback, HR-V serta BR-V untuk menyelesaikan satu isu keselamatan. Maklumat unit yang terlibat adalah seperti di berikut:
Model yang terlibat untuk recall Honda Malaysia | |||
---|---|---|---|
Situasi | Model | Tahun model | Unit yang terkesan |
A | City | 2021 | 1,068 |
City Hatchback | 2022 | ||
B | HR-V | 2020 | 343 |
BR-V | 2021 | 116 |
Secara amnya, pemanggilan semula ini adalah berkenaan:
Untuk memeriksa tahap ketat terminal ACG pada harness enjin. Isu ini kalau tidak dibendung boleh mengakibatkan kegagalan bateri. Enjin pula boleh termati sewaktu memandu atau tidak boleh hidup selepas kereta berhenti.
Untuk memeriksa tahap ketat grounding untuk bolt earth yang mana wayar harness boleh terlonggar. Akibatnya, enjin juga boleh termati sewaktu memandu atau tidak boleh hidup selepas kereta berhenti.
Apapun, Honda Malaysia memohon maaf di atas kesulitan ini tetapi perlu dimaklumkan bahawa pengeluaran semasa dan model yang belum dijual tidak terkesan dengan recall ini. Buat masa sekarang, belum ada insiden kemalangan atau kecederaan yang dapat dilaporkan.
Kesemua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan yang akan menerangkan recall ini dengan lebih jelas. Pemilik yang terkesan juga disarankan berhubung dengan mana-mana pengedar Honda untuk membuat temujanji.
Mengenai kos seperti pemeriksaan, pembaikan dan penggantian alat yang berkait, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.
Untuk butiran lanjut, hubungi talian bebas Honda Malaysia di 1800-88-2020.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}