window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: "Pemandu Vios bodoh, tak reti sabar", kantoi potong barisan langgar Perodua Myvi sampai terbalik!

Haris · Aug 3, 2022 10:00 AM

Video:

Tindakan seorang lelaki memandu secara melulu memasuki simpang menyebabkan sebuah kereta lain jenis Perodua Myvi terbalik di Jalan Pusara, Kampung Sawah, Banting di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, kedua-dua pemandu berusia 29 dan 30 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi 30 saat yang dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang melalui lokasi tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan ke Kampung Sungai Buaya dari Pulau Carey.

Katanya, kereta itu didapati memotong beberapa kenderaan dengan mempunyai simpang kanan di hadapannya.

“Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang hendak memasuki simpang kanan kemudiannya telah dilanggar Toyota Vios tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, Perodua Myvi berkenaan terbalik dengan kedua-dua pemandu mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Rule 5(2)A LN 166/59 kerana cuai semasa memotong di simpang hingga menyebabkan kemalangan. - KOSMO!

Baca: (Video) "Saya tengok Waze" - pemandu Perodua Myvi terbalik dimarahi, rempuh Mazda CX-8 di Terowong Penchala

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda