window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bas KLIA baru ala-Heathrow bantu bawa penumpang sementara tunggu Aerotrain baru

Mersita ยท Sep 6, 2022 01:00 PM

Bas KLIA baru ala-Heathrow bantu bawa penumpang sementara tunggu Aerotrain baru 01

Perkhidmatan bas ulang-alik 24 jam bagi menyokong fasa peralihan ke Aerotrain baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini dinaiktaraf dengan armada bas baharu yang lebih moden, canggih, dan selesa buat penumpang.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, bas baharu ini mempunyai kapasiti 110 penumpang setiap satu, sekali ganda dari kapasiti bas sedia ada, dan tampil lebih moden serta selesa buat penumpang.

Menurutnya, bas-bas baharu ini direka secara inovatif dengan struktur teguh dan tahan lasak. Ia turut dilengkapi dengan sistem ‘hydraulic kneeling’ yang membolehkan jarak lega bumi bas diturunkan supaya bukaan pintu bas selari dengan platform pejalan kaki atau perhentian bas – memudahkan penumpang turun-naik bas sambil membawa bagasi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, bas tersebut juga dilengkapi WiFi, skrin digital infotainment, kamera litar tertutup (CCTV), serta sistem pengesanan dan pemantauan. “Bas model baharu ini menyerupai reka bentuk standard yang kelaziman dapat dilihat kita di kebanyakan lapangan terbang negara-negara maju seperti Heathrow, London,” ujar Iskandar kepada pemberita dalam satu sidang akhbar semalam.

Enam buah bas baharu ini bakal menyertai armada pengangkutan KLIA, dimana dua daripadanya akan tiba pada November manakala yang empat lagi dijangka akan tiba pada Februari 2023.

Bas KLIA baru ala-Heathrow bantu bawa penumpang sementara tunggu Aerotrain baru 01

Memandangkan hanya terdapat satu Aerotrain yang beroperasi dengan perjalanan terhad setiap hari buat masa ini, bas ini akan membawa penumpang antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit KLIA – selalunya digunakan oleh penumpang transit antara penerbangan domestik/antarabangsa – dengan kekerapan lebih tinggi dan kapasiti 1,800 penumpang setiap jam.

Juga baca: Setelah dua dekad beroperasi, Aerotrain KLIA bakal diganti dengan yang baru

Usaha ini merupakan sebahagian daripada program penggantian Aerotrain yang dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Mac 2025.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda