window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k!

Khairil · Sep 23, 2022 03:00 PM

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k! 01

Satu lagi sejarah mengagumkan dicatat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), hari ini menerusi pengeluaran unit motosikal ke-5 juta jenama itu di Malaysia iaitu Yamaha 135LC Fi 5MRO Edisi Malaysia.

Untuk meraikan kejayaan berkenaan, satu majlis istimewa dianjurkan oleh HLYM yang turut dihadiri Presiden dan Wakil Pengarah Yamaha Motor Co. Ltd, Japan, Yoshihiro Hidaka.

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai model istimewa dan hanya dicipta khas untuk pasaran Malaysia, hanya 5,000 unit Yamaha 135LC Fi 5MRO Edisi Malaysia dihasilkan.

Juga baca: Yamaha 135LC Fi 2022 buat penampilan rasmi, eksklusif di Malaysia, harga asas bermula RM 7.8k!

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k! 01

Tiba sebagai model terhad, antara keistimewaan Yamaha 135LC Fi 5MRO Edisi Malaysia adalah penggunaan corak grafik istimewa bertemakan Malaysia yang mengambil inspirasi daripada Jalur Gemilang.

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k! 02

Setiap unit akan diberikan nombor 5,000,0001 hingga 5,005,000 dan turut datang dengan Yamaha Premium Basket, ciri yang ada pada model SE.

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k! 03

Lebih menarik, pembeli juga akan menerima jaket 'bomber' istimewa dan sijil pengesahan ketulenan istimewa.

Juga baca: Uji ringkas Yamaha 135LC Fi 2022: Adakah ini 'LC' yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia?

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k! 04

Mengikut sejarah, pengeluaran motosikal pertama daripada HLYM bermula pada tahun 1979 dan syarikat itu terus berkembang menjadi jenama motosikal antara paling laris di pasaran Malaysia.

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k! 05

Pengarah Urusan HLYM dan Hong Leong Industri, Dato’ Dr Jim Khor Mun Wei, ketika majlis perlarancan model itu berkata pengeluaran unit ke-5 juta Yamaha di Malaysia ini turut menjadi pencapaian sejuta unit terpantas syarikat itu setakat ini.

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k! 06

Sebagai rekod, unit ke-4 juta daripada Yamaha Malaysia dicatatkan pada tahun 2018 lalu.

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k! 07

"Ini memberi bukti jelas yang HLYM masih salah satu daripada jenama motosikal paling digemari di Malaysia," katanya.

Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k! 08

Kepada yang berminat, Yamaha 135LC Fi 5MRO Edisi Malaysia yang dijual pada angka harga asas RM 9, 198 (tak termasuk yuran pendaftaran, insuran, cukai jalan) akan mula berada di pasaran pada pertengahan Oktober ini.

Juga baca: Yamaha Y15ZR, Y135LC Fi naik harga, asas masing-masing kini RM 8.8k, 8k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda