window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023!

Khairil ยท Oct 12, 2022 03:00 PM

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023! 01

Blueshark R1, skuter elektrik pintar yang didakwa termaju di dunia dipertontonkan di Malaysia dengan pelancaran rasmi skuter yang lengkap dengan sistem ADAS ini dijadual pada suku ketiga (Q3) tahun depan.

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023! 02

Perkembangan menarik itu diumumkan Blueshark ketika majlis menandatangani memorandum kerjasama (MoC) membabitkan syarikat itu dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB) dan beberapa pemain industri tempatan antaranya Blueshark Ecosystem Sdn Bhd serta Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC), hari ini. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023! 01

Menurut Blueshark, selain merevolusi mobiliti urban hijau di Malaysia, pengenalan Blueshark R1 juga bertujuan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi gig sekaligus membantu perusahaan kecil sederhana (SME) di Malaysia.

Mengulas spesifikasi, Blueshark R1 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 5 kW (6.7 Hp) dan tork setinggi 201 Nm dipacu bateri berkembar lithium-iron-phosphate (LFP) yang boleh ditukar berkapasiti 1,440 Wh setiap satu.

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023! 02

Dan menerusi teknologi penukaran bateri, ia bermaksud waktu pengecasan semula untuk skuter ini menjadi jauh lebih singkat dan memudahkan.

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023! 03

Sebagai skuter yang didakwa termaju, Blueshark R1 dipadankan dengan pelbagai sistem canggih termasuk Advanced Driver Assistance System (ADAS) menerusi sistem kamera depan dan belakang serta dua sensor supersonic. Selain merakam tunggangan, ia juga bertindak sebagai penderia bagi mengesan titik buta.

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023! 04

Dengan pengecasan penuh, Blueshark R1 yang memiliki 6 mod tunggangan termasuk Turbo Racing (0-50 km/j sepantas 4.9 saat) mampu bergerak sejauh 110 km dan bergantung kepada mod tunggangan. Begitupun, kelajuan maksimum skuter ini dihadkan kepada 80 km/j.

Selain itu, Blueshark R1 turut dipadankan dengan Sistem Operasi ArkRide terintegrasi di mana ia adalah sebuah sistem operasi canggih dan sentiasa terhubung yang hadir dengan ciri interaksi peranti pintar. 

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023! 05

Ia membawakan pengataramuka mesra pengguna berasaskan Android yang boleh disuai di samping pelbagai ciri bantuan penunggang yang membolehkan pengemaskinian perisian dibuat dari jauh selain telemetri kenderaan serba komprehensif yang disambungkan kepada Internet Kenderaan (IoV).

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023! 06

Di bahagian panel meter, Blueshark R1 menggunakan panel skrin bersaiz 10 inci IPS HD yang dioperasikan ArkRide. Ia turut memiliki sistem GPS tersendiri, sambungan Bluetooth, konektiviti 4G, pemain muzik, radio dan turut mendapat penarafan kalis air dan debu IPX5.

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023! 07

Selain itu, Blueshark berkata Pusat 3S pertama milik syarikat itu bakal dibuka tidak lama lagi di Glenmarie turut membuktikan komitmen mereka untuk memperkayakan infrastruktur tempatan dan membekalkan sokongan ekosistem yang utuh buat para penunggang sepanjang tempoh program rintis dan selanjutnya.

Blueshark R1 dipertontonkan, skuter elektrik canggih lengkap ADAS, panel meter 10 inci IPS, pelancaran Q3 2023! 08

Setakat ini, Blueshark masih berahsia mengenai tanda harga Blueshark R1 namun model ini dikatakan bakal tiba secara pemasangan tempatan (CKD) yang menjadikan harganya berkemungkinan mampu milik.
 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda