window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jangka jualan kenderaan stabil hingga akhir tahun 2022, sekitar 62k unit bermula Sept - MAA

Haris ยท Oct 19, 2022 07:00 PM

Jangka jualan kenderaan stabil hingga akhir tahun 2022, sekitar 62k unit bermula Sept - MAA 01

Jualan kenderaan bagi bulan September 2022 kekal tidak berubah berbanding bulan sebelumnya dengan kenaikan 1.5 peratus sahaja. Walau bagaimanapun, angka ini masih menunjukkan peningkatan yang tinggi apabila dibandingkan dengan tempoh 9 bulan yang sama pada tahun 2021.

Angka jualan September 2022 mencapai 67,659 unit, meningkat 1.5 peratus berbanding 66,614 unit yang didaftarkan pada Ogos 2022.

Jangka jualan kenderaan stabil hingga akhir tahun 2022, sekitar 62k unit bermula Sept - MAA 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jangka jualan kenderaan stabil hingga akhir tahun 2022, sekitar 62k unit bermula Sept - MAA 01

Jumlah yang didedahkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) ini menunjukkan peningkatan besar 53 peratus apabila dibandingkan dengan jumlah jualan September 2021 yang mendaftar sebanyak 44,227 unit.

Sekali lagi, ia merupakan lonjakan besar 62 peratus dalam jumlah untuk jualan tahunan sehingga kini (YTD) dengan 516,798 unit didaftarkan untuk 9 bulan pertama tahun 2022 berbanding 318,827 unit yang telah dijual dalam tempoh 9 bulan pertama 2021.

Jangka jualan kenderaan stabil hingga akhir tahun 2022, sekitar 62k unit bermula Sept - MAA 02

Nampaknya pendaftaran mula mendatar apabila kebanyakan pengeluar tergesa-gesa untuk memenuhi penghantaran tempahan dari tempoh pengecualian SST dengan jumlah pengeluaran yang kurang berbanding jualan.

Selaras dengan jumlah pendaftaran kenderaan, sebanyak 69,389 unit dikeluarkan dari kilang tempatan, sepadan dengan jualan dan menunjukkan bahawa bilangan pengeluaran mungkin hampir kapasiti puncak.

Baca: Perodua capai 79% sasaran jualan tahun 2022 pada September, kini hampir 200k unit dah terjual!

Jangka jualan kenderaan stabil hingga akhir tahun 2022, sekitar 62k unit bermula Sept - MAA 03

Di samping itu, MAA meramalkan bahawa pengeluar kereta akan terus menghasilkan kenderaan dengan objektif bagi memenuhi tempahan yang diterima sebelum 30 Jun 2022 dan dengan kapasiti pengeluaran menghampiri had, angka jualan untuk Oktober 2022 berkemungkinan tidak akan jauh tersasar daripada angka September.

Pengeluaran kenderaan di Malaysia turut bergantung kepada bekalan alat ganti dan cip yang masih mengalami gangguan.

Baca: MAA: Jualan kenderaan Ogos 2022 cecah 66,614 unit, paling tinggi dalam tahun ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda