window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

80% kemalangan berpunca dari sikap, 66% kemalangan maut adalah penunggang motosikal

Haris ยท Nov 6, 2022 10:00 AM

80% kemalangan berpunca dari sikap, 66% kemalangan maut adalah penunggang motosikal 01

Statistik mengenai kemalangan jalan raya di Malaysia sangat membimbangkan. Aspek keselamatan jalan raya seharusnya dititik beratkan oleh pengguna lebih-lebih lagi mereka yang berada di bawah statistik ini.

Dalam laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, 80 peratus kemalangan yang berlaku di negara ini adalah berpunca daripada sikap pengguna jalan raya.

80% kemalangan berpunca dari sikap, 66% kemalangan maut adalah penunggang motosikal 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Berdasarkan kajian dan statistik angka kemalangan maut yang berlaku di negara ini, 80 peratus berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh faktor manusia (sikap).

"Sebanyak 20 peratus yang lainnya adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kenderaan (teknikal, brek dan lain-lain) dan faktor luaran, seperti keadaan jalan (kondisi, persekitaran, cuaca dan lain-lain)," ujarnya lagi.

Pihak pengguna jalan raya yang terdiri daripada penunggang motosikal pula merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk meninggal dunia ketika kemalangan.

80% kemalangan berpunca dari sikap, 66% kemalangan maut adalah penunggang motosikal 01

Hal ini dibangkitkan oleh laporan FMT yang menerima statistik kemalangan maut di mana pengguna motosikal menduduki carta teratas bagi kemalangan maut jalan raya dengan 2,916 kes atau 66.6 peratus daripada semua jenis pengguna jalan raya. Kematian lain adalah daripada: kereta (776 kes), pejalan kaki (233 kes), lori (139 kes), van (95 kes), kenderaan 4WD (94 kes), basikal (79 kes), kenderaan lain (29 kes) dan bas (17 kes).

Tahun lepas, pengguna motosikal mencecah paras paling tinggi bagi kematian jalan raya tahunan yang direkodkan dalam tempoh 21 tahun lalu dengan 68.6% daripada keseluruhan pengguna jalan raya.

Terdapat 4,539 kes kematian jalan raya dicatatkan tahun lepas, manakala 4,634 kes pada tahun 2020. Bagi tahun 2022, kes kematian sudah mencecah 4,378 kes untuk tempoh Januari - September sahaja.

Baca: "Posing dulu... lepas eksiden", pemandu Perodua Myvi ambil gambar dengan bergaya selepas kemalangan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda