Enam bulan selepas Mercedes-Benz EQS (CBU) dilancarkan, kami kini boleh mengesahkan bahawa Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sudah memulakan pemasangan lokal (CKD) buat EV mercu mereka di kilang Pekan, Pahang.
Menurut data produksi yang dikumpul oleh Malaysian Automotive Association (MAA), dalam November 2022, terdapat 27 unit EQS 500 4Matic yang dihasilkan di Pekan. Kiranya, EQS model CKD ini akan menjadi varian yang lebih atas berbanding model CBU.
Untuk pengetahuan anda, MBM sendiri pada Disember lepas sudah mengumumkan bahawa tidak lama lagi mereka akan melancarkan model elektrik Mercedes-Benz EQ versi CKD.
Berbanding EQS 450+ yang diimport dari Sindelfingen, Jerman, EQS 500 4Matic CKD mempunyai 116 PS dan 263 Nm lebih banyak. Tetapi disebabkan pek bateri akan kekal pada 107.8 kWj, jarak pandunya akan kurang sebanyak 53km ke 87 km. (dari 782 km menurun kepada 696 km, kitaran WLTP).
Apapun, dengan penambahan kuasa sebanyak itu (berjumlah 449 PS/828 Nm) dan pengenalan sistem pacuan semua roda 4Matic, pecutan 0 – 100 km/j untuk EQS 500 hanya akan mengambil masa 4.8 saat (6.2 saat pada EQS 450+).
Dari segi pengecasan pula, ia kekal sama iaitu jenis pantas DC sehingga 200 kW dan AC pada 11 kW.
Bagi anda yang belum tahu, EQS 450+ ditawarkan pada harga RM 698,888. Memandangkan harganya sudah termasuk pengecualian cukai import, eksais dan cukai jalan, EQS CKD nanti tidak semestinya lebih murah. Malah, ia mungkin lebih mahal kerana dalam hierarki, varian itu sendiri lebih atas.
Secara amnya, pengecualian cukai untuk EV di Malaysia akan berakhir pada 31 Disember 2024. Model CKD pula berakhir pada 31 Disember 2025.
Walaupun Bajet 2023 mencadangkan lanjutan lagi 1 tahun, ia tidak sempat dikemukan kerana Parlimen dibubarkan sehari selepasnya. Karajaan baharu kiranya akan mengolah semula Bajet 2023 pada 24 Februari akan datang.
Apapun, setelah dilancarkan ke pasaran, EQS CKD akan bersaing dengan BMW i7.
Kalau anda nak tahu, di luar Jerman, Malaysia adalah negara ketiga yang memasang EQS iaitu selepas India dan Thailand.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}