window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dijanjikan jentera 'spek' HRC di WSBK 2023, ini 'amaran' Hafizh Syahrin kepada pasukan!

Khairil ยท Jan 19, 2023 04:00 PM

Dijanjikan jentera 'spek' HRC di WSBK 2023, ini 'amaran' Hafizh Syahrin kepada pasukan! 01

Selepas menamatkan kempen Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim lalu di tangga ke-23, pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah dilihat mengambil 'sedikit' masa untuk mengesahkan penampilannya di perlumbaan itu bagi musim ini.

Dijanjikan jentera 'spek' HRC di WSBK 2023, ini 'amaran' Hafizh Syahrin kepada pasukan! 02

Ketika rata-rata pelumba sudah mengesahkan persoalan mengenainya lebih awal, Hafizh hanya mengumumkan dia akan meneruskan aksi bersama pasukannya, MIE Racing Honda untuk musim kedua berturut-turut pada Disember lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perkembangan yang positif itu dicapai sekalipun bekas pelumba MotoGP negara itu nampak kurang berpuas hati dengan spesifikasi jenteranya, Honda CBR1000RR-R.

Dijanjikan jentera 'spek' HRC di WSBK 2023, ini 'amaran' Hafizh Syahrin kepada pasukan! 01

Pada musim lalu, jentera yang digunakan Hafizh sememangnya tidak mendapat 'bantuan' daripada Honda Racing Corporation (HRC), situasi yang katanya berubah pada musim ini yang turut menjadi sebab utama pelumba kelahiran Ampang itu kekal bersama pasukannya.

Ketika ditemui dalam satu majlis, Hafizh berkata dia meletakkan sasaran untuk meraih keputusan yang jauh lebih baik berbanding musim pertamanya bersama jentera serba baharu yang dibekalkan pasukan.

Dijanjikan jentera 'spek' HRC di WSBK 2023, ini 'amaran' Hafizh Syahrin kepada pasukan! 02

Dan janji pasukannya adalah Honda CBR1000RR-R yang akan digunakan memiliki spesifikasi dan pakej yang hampir sama dengan jentera pasukan HRC terutama di bahagian trenkuasa, casis, suspensi, elektronik dan sebagainya.

"Sebenarnya saya sudah meminta pasukan jentera yang lebih kompetitif pada musim lalu tetapi permintaan itu tidak dapat dipenuhi," kata pelumba berusia 29 tahun itu.

Dijanjikan jentera 'spek' HRC di WSBK 2023, ini 'amaran' Hafizh Syahrin kepada pasukan! 03

"Begitupun pada tahun ini, sekalipun saya tidak tahu mengenai status 'hitam putih', pasukan sudah memberi jaminan yang jentera yang akan kami gunakan adalah berbeza dan menghampiri jentera pasukan utama Honda (HRC).

"Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan mengenai jentera itu, tapi saya ada melihat beberapa gambar ia sedang dipasang dengan menggunakan komponen berbeza. Jadi saya harapkan saya akan memperoleh jentera yang saya inginkan untuk lebih kompetitif pada musim ini."

Dijanjikan jentera 'spek' HRC di WSBK 2023, ini 'amaran' Hafizh Syahrin kepada pasukan! 04

Malah menurutnya yang mendapat tajaan daripada syarikat tempatan, RCB, dia turut akan menimbang untuk meninggalkan pasukan sekiranya jentera yang diperoleh tidak seperti dijanjikan.

Mengulas kerjasama bersama RCB, Hafizh turut memuji komponen yang dibekalkan oleh syarikat berkenaan terutama 'lever' brek dan klac yang dikatakan memberikan keselesaan kepada penunggang.

Dijanjikan jentera 'spek' HRC di WSBK 2023, ini 'amaran' Hafizh Syahrin kepada pasukan! 05

"Sekalipun tidak bersaing dengan kelompok pengejar kejuaraan, saya berharap untuk sekurang-kurangnya bersaing dengan pasukan 'factory' Honda dan berada di kelompok tengah. Dan pada beberapa litar, saya percaya peluang untuk berada dalam kedudukan lima terbaik ada jika mendapat pakej yang baik."

Pada musim ini, Hafizh akan bergandingan dengan pelumba Brazil, Eric Granado.

Sumber imej: FB Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda