window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris!

Khairil ยท Jan 26, 2023 05:00 PM

BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris! 01

BMW Motorrad merekodkan jualan terbaik dalam sejarah syarikat itu dengan menjual 202,895 unit motosikal dan skuter pada tahun 2022, peningkatan 4.4 peratus berbanding angka jualan pada tahun sebelumnya.

BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris! 02

BMW R 1250 GS

Dan seperti dijangka, jentera 'Adventure touring' ulung jenama itu, BMW R 1250 GS terus mengekalkan takhta sebagai model terlaris dengan hampir 60k unit dijual di seluruh dunia, termasuk Malaysia pada tahun lalu.

Untuk info, BMW Motorrad menjual 169,272 unit motosikal dan skuter pada tahun 2021 dan ia adalah peningkatan mendadak, 14.8 peratus berbanding tahun 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris! 01

BMW M1000RR

Sebagai negara pengeluar, prestasi BMW Motorrad di Jerman adalah yang terbaik pada tahun lalu dengan 24,129 unit motosikal dan skuter dijual.

Selain itu, syarikat itu turut mencatat rekod baharu di Perancis dengan 21,223 unit dijual, peningkatan 6.7 peratus berbanding tahun 2021.

BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris! 02

Di pasaran Asia, BMW Motorrad mencatatkan 46,332 unit jualan yang juga peningkatan 7.4 peratus berbanding tempoh sebelumnya dengan dua pasaran gergasi, China dan India masing-masing menyumbang peratusan yang tinggi.

BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris! 03

BMW G310GS

Di pasaran China, jumlah jualan yang direkodkan adalah 15,404 unit yang juga peningkatan 7.7 peratus manakala di India, 7,282 unit motosikal jenama itu dijual atay peningkatan besar 40.3 peratus.

BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris! 04

BMW S1000XR

Selain BMW R 1250 GS, satu lagi model 'flagship' jenama itu, 'Superbike' BMW S1000RR turut mencatat jualan memberangsangkan dengan lebih 10,000 unit motosikal itu keluar daripada bilik pameran.

BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris! 05

BMW G310R 

Sementara itu, model lain yang menggunakan lencana 'S' seperti BMW S1000R, S1000XR serta model fokus litar, M1000RR mencatatkan jualan sebanyak 23,500 unit seluruh dunia.

BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris! 06

Bagi model dalam siri 'G' 1 Silinder seperti BMW G310RR, G310R dan G310GS, jualan yang direkodkan turut memberangsangkan iaitu lebih 24,000 dijual di seluruh dunia dengan BMW Motorrad berkata model berkenaan akan menjadi model kekal dalam portfolionya. 

BMW Motorrad cipta rekod jualan pada 2022, BMW R 1250 GS paling laris! 07

BMW CE-04

Selain itu, model skuter elektrik yang baru saja dilancarkan di pasaran Malaysia, BMW CE-04 turut mencatatkan rekod jualan yang baik apabila hampir 5,000 unit dijual pada tahun lalu.

Juga baca: BMW Motorrad tayang 'teaser' model baharu, adakah BMW R 1300 GS!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda