Mamak Talk
️Huge gap in tires' quality between famous and general brands?
17
Beberapa hari lepas, kami telah sediakan panduan membeli tayar bersaiz 13 hingga 17 inci yang paling disyorkan. Kali ini, kami sediakan pula panduan untuk tayar SUV bagi pembeli bijak di luar sana.
Jika anda belum tahu lagi, tayar SUV lain sedikit berbanding tayar kereta penumpang kerana saiznya yang besar dan pembinaannya yang lebih berat.
Nota
Dalam panduan ini, kami akan senaraikan semua tayar SUV yang boleh didapati dan dihasilkan oleh pengilang-pengilang yang bereputasi tinggi. Ya, banyak lagi tayar yang lebih murah, itu tak dinafikan. Tapi, seperti yang kami ceritakan dalam artikel sebelum ini, kami sarankan anda untuk elak penggunaan tayar murah.
Harga-harga ini diambil daripada beberapa kedai tayar atas talian. Bukan iklan berbayar, ya.
Saranan
Tayar SUV berlainan dalam beberapa aspek; corak bunga yang lebih besar dan kasar (disesuaikan untuk ‘off-roading’ sekali-sekala), penilaian beban yang lebih berat (kerana SUV membawa lebih beban), kompaun getah yang lebih keras dan dinding sisi (‘sidewalls’) yang lebih tinggi.
Tayar Diseimbangkan / ‘Balanced Tyres’
Tayar sebegini selalunya bagus untuk apa sahaja, selain daripada mampu dibawa ‘off-road’ ringan-ringan sekali sekala. Tapi, adalah lebih baik jika dipandu di jalanraya biasa sahaja.
Tayar yang Disyorkan | ||
---|---|---|
Jenama | Saiz | Harga anggaran/sebiji |
Contential UltraContact SUV | 17" - 19" | ~ RM 350 - RM 680 |
Michelin Primacy SUV | 17" - 19" | ~ RM 475 - RM 920 |
Toyo Proxes CF2 SUV | 17" - 19" | ~ RM 370 - RM 550 |
Yokohama Geolandar SUV | 17" - 19" | ~ RM 330 - RM 840 |
Kebaikan: Mudah didapati di kedai-kedai, bagus untuk kegunaan pelbagai
Keburukan: Mungkin bukannya yang terbaik untuk mana-mana senario spesifik
Semua bentuk mukabumi / ‘All-terrain’
Tayar ‘all-terrain’ ialah tayar hanya untuk SUV yang mempunyai kebolehan dipertingkatkan untuk kegunaan ‘off-roading’. Ia memberikan lebih cengkaman di atas permukaan lembut (lumpur atau pasir) berbanding tayar konvensional.
Tayar yang Disyorkan | ||
---|---|---|
Jenama | Saiz | Harga anggaran/sebiji |
Bridgestone Dueler AT D697 | 15" - 17" | ~ RM 350 - RM 500 |
BF Goodrich ADV T/A SUV | 15” - 18” | ~ RM 300 - RM 565 |
Yokohama Geolandar SUV | 17" - 19" | ~ RM 330 - RM 840 |
Kebaikan: Kebolehan ‘off-road’ yang bagus dan cengkaman tinggi
Keburukan: Pemanduan lebih bising dan keras, kurang selesa
Kesimpulan
Tayar-tayar SUV di atas ialah saranan kami untuk jenama yang dipercayai dan boleh didapati dengan mudah di pasaran. Anda boleh pertimbangkan saranan-saranan ini jika anda hendak membeli Proton X50 nanti contohnya.
Apa-apa pun pilihan anda, jangan lupa untuk menyelenggara tayar anda dengan kerap seperti mengepam angin dengan betul, ‘balancing’ dan ‘alignment’ berkala, dan juga periksa setiap penjuru kereta anda setiap kali sebelum memulakan perjalanan!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
31