Mercedes-Benz sebentar tadi baru sahaja merasmikan GLA facelift. Kata mereka, SUV kompak premium yang popular ini diberi pembaharuan drastik. Tetapi secara mata kasar, macam lebih kurang sama pula kan?
Apapun, GLA facelift secara terperincinya menerima reka bentuk gril dan lampu yang lebih moden. Bahagian bampar depan dan roda juga diperbaharui dengan reka bentuk yang lebih terkini.
Juga baca: Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD β Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas?
Pada bahagian dalam pula, kluster digital 7 inci yang digabungkan dengan infotainment 10.25 inci didatangkan secara standard. Ciri kluster digital 10.25 inci pula sebagai pilihan tambahan.
SUV kompak Mercedes-Benz ini juga menampilkan infotainment MBUX terkini yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.
Dari segi trenkuasa, kesemua enjin yang diguna pada GLA facelift adalah unit yang dielektrifikasi. Sistem hibrid sederhana yang dilengkapkan menggunakan sistem 48V dari βstarter generatorβ. Kuasa tambahannya diberi sehingga 10 PS dan enjin petrolnya ditawarkan dari julat kuasa 136 PS ke 224 PS.
Varian hibrid plug-in seperti GLA 250 e pula menggunakan motor elektrik 109 PS. Bercakap mengenai PHEV, bateri 11.5 kWj yang dipadankan kini menyokong pengecas pantas DC sehingga 22 kW. Jarak pandu dalam mod elektrik pula boleh pergi dalam lingkungan 62 km ke 70 km (kitaran WLTP).
Setakat ini, harga GLA facelift masih belum didedahkan tetapi di Malaysia, model pra-facelift (CKD) ditawarkan seperti di bawah:
Juga baca: Rebiu: Mercedes-Benz GLA 250 2021 - Bagus tapi adakah RM 285k setimpal?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}