Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas?

Zamil Syaheer · Feb 13, 2022 12:00 PM

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 01

Mercedes-Benz GLA 200, kini dipasang secara tempatan (CKD), telah memperbaharui perjuangannya menentang saingan CKD seperti BMW X1 dan Volvo XC40. Baru-baru ini kami telah meluangkan masa menguji pandu GLA 200 selama beberapa hari, dan inilah rumusan kebaikan dan keburukan bagi SUV mewah subkompak tersebut.

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 02

Sebagai imbasan, terdapat dua varian CKD Mercedes-Benz GLA – GLA 200 dan GLA 250, masing-masing berharga RM 232,379 dan RM 266,164 (diatas jalan tanpa insurans dan SST). Varian yang kami fokuskan di sini ialah GLA 200 – varian aras mula dalam keluarga GLA.

Juga baca: Mercedes-Benz GLA CKD di Malaysia kini rasmi – GLA 200 & GLA 250, bermula RM 232k

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 01

Kebaikan

  • Interior dan pakej keseluruhan yang baik
  • Mudah untuk masuk dan keluar
  • Tahap kawalan dan pengendalian yang seimbang

Keburukan

  • Beberapa aspek kelihatan asas
  • Enjin terasa lemau pada kelajuan tinggi

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 02

Kebaikan – Interior dan pakej keseluruhan yang baik

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 03

Seperti semua Mercedes-Benz terkini, reka bentuk interior GLA agak menyenangkan mata. Terdapat corong udara ala turbin dengan paparan dwi-skrin lebar mengambil bahagian tengah papan pemuka.

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 04

Ia kelihatan serupa dengan adik beradik A-Class-nya, tetapi GLA menawarkan lebih banyak ruang. Kabin terasa lapang, tak kisahlah sama ada anda duduk di hadapan atau belakang.

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 05

Terdapat juga jumlah ruang penyimpanan yang mencukupi dan ruangan di sisi pintu boleh memuatkan botol 1.5 liter yang besar.

Kebaikan - Mudah untuk masuk dan keluar

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 06

Salah satu kelebihan terbesar GLA berbanding A-Class ialah kemudahan masuk dan keluar. Ketinggian tempat duduk berada pada kedudukan yang ideal dengan titik pinggul.

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 07

Orang dewasa dengan ketinggian sederhana tidak perlu membongkok atau memanjat untuk masuk, hanya masuk dengan sifar lilitan. Jika anda kerap mengangkut mana-mana warga emas, mereka akan menghargainya.

Kebaikan - Tahap kawalan dan pengendalian yang seimbang

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 08

Multi-link setup at the rear, unlike the A200's torsion beam.

GLA 200 untuk pasaran Malaysia menggunakan suspensi Comfort dan roda 18-inci yang dibalut dengan tayar 235/55 yang agak tebal. Tetapi jangan mengharapkan kualiti tunggangan yang lembut kerana ianya sedikit keras.

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 09

GLA 200 mengimbangi tahap keselesaan dan pengendalian dengan cukup baik, memberikan kawalan badan yang baik sambil mengekalkan tahap kelenturan yang baik. Selain itu, dinding sisi yang tebal melindungi tayar daripada kerosakkan ketika melalui jalan yang teruk.

Keburukan – Beberapa aspek kelihatan asas

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 10

Berbanding GLA 250, GLA 200 dilengkapi dengan kita Progressive Line yang kelihatan kurang menarik. Reka bentuk roda 18-inci yang lebih kecil juga kelihatan agak asas.

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 11

Di bahagian interior, ia kehilangan ciri pencahayaan ambien 64 warna yang menarik, dan kepingan trim dibalut dengan apa yang dirasakan seperti vinil murah yang anda boleh beli dari mana-mana kedai aksesori.

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 12

Keburukan - Enjin terasa 'lemau' pada kelajuan tinggi

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 13

Walaupun enjin pengecas turbo 1.33 liter mempunyai daya tarikan yang baik pada kelajuan rendah, ia mula terasa ‘lemau’ pada kelajuan tiga digit. Enjin berseseran kecil ini sangat bergantung pada pengecas turbo untuk memberikan sebarang kuasa tarikan yang mencukupi, dan ini mengganggu penjimatan minyak.

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 14

Jika anda sering merentas negeri, kami rasa lebih baik anda membeli GLA 250 dengan enjin pengecas turbo 2.0 liter yang lebih kuat.

Konklusi

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 15

Mercedes-Benz GLA 200 mempunyai salah satu interio ryang terbaik dalam kelasnya dan kemudahan masuk dan keluarnya menjadikan sebuah kereta harian yang hebat. Selain itu, sistem suspensi yang seimbang berfungsi dengan baik di jalan raya Malaysia.

Kebaikan & Keburukan: Mercedes-Benz GLA 200 CKD – Interior cantik, tetapi rasa terlalu asas? 16

Walau bagaimanapun, terdapat peringatan bahawa anda menggunakan aras mula dan enjin keluar dari zon selesanya pada kelajuan yang lebih tinggi. Jika anda ingin membeli Mercedes-Benz GLA, kami cadangkan varian GLA 250 untuk mendapatkan pengalaman penuh. Tetapi jika anda rasa keburukan yang kami kongsi ini bukanlah satu masalah besar, maka GLA 200 akan menjadi sebuah kereta yang baik kepada anda.

Juga baca: Rebiu: Mercedes-Benz GLA 250 2021 - Bagus tapi adakah RM 285k setimpal?

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mercedes-Benz GLA 200 Style

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru