Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke?

Mersita · May 19, 2021 08:00 PM

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 01

Toyota Harrier 2021 generasi XU80 serba baharu telah dilancarkan di Malaysia pada April lalu. Namun, ia ada satu kekurangan ketara jika dibandingkan dengan model pasaran Jepun – iaitu sistem infotainmennya.

Harrier pasaran Jepun didatangkan dengan ‘head unit’ berskrin sentuh 12.3 inci. Toyota Harrier spesifikasi Malaysia pula hanya diberi skrin 8 inci yang tampak lebih murah – bingkai tebal serta punat dan butang biasa tanpa sentuhan premium.

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Inilah kekurangan terbesarnya walaupun ruang kabinnya tampak agak premium.

Walaupun kecil, ia sekurang-kurangnya dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 01

Lihat ‘head unit’ dan kawalan penghawa dingin yang berbeza

Kombinasi ‘head unit’ 8 inci dan panel paparan digital penghawa dingin (diintegrasikan ke dalam sistem infotainmen bagi model dengan skrin 12.3 inci) juga boleh didapati di Jepun, namun pada varian bawahan.

Walau bagaimanapun, kekurangan dari segi infotainment ini tidak mengganggu perhatian kumpulan sasaran pembeli Harrier walau sedikit pun.

Malah, pengedar rasminya iaitu UMW Toyota Motor tidak menjangkakan sambutan amat menggalakkan bagi model ini. Peruntukan awalnya iaitu sekitar 300 unit untuk tahun 2021 habis terjual dalam masa hanya seminggu! Jangan risau, anda masih boleh membelinya kerana tempahan untuk unit tambahan sudahpun dibuat.

Baca juga: Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya?

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 02

Namun, langkah menggugurkan pilihan ‘head unit’ berskrin sentuh 12.3 inci yang lebih mahal ini agak aneh kerana Harrier diposisikan sebagai model ‘upmarket’/mewah. Rupa-rupanya, bukan pasaran Malaysia saja yang diberi sistem infotainment kurang mewah ini.

Singapura, satu-satunya pasaran luar Jepun yang menjual Harrier selain daripada Malaysia (US menggelarkannya Venza), juga diberi skrin sentuh 8 inci seperti model pasaran kita.

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 03

Harrier pasaran Singapura

Usah tertipu dengan gambar-gambar di dalam laman sesawang Toyota Singapura. ‘Head unit’ sebenar kereta ini serupa dengan spesifikasi kita dan bahan pemasaran yang diberi kepada media Singapura juga berbeza dengan unit sebenarnya.

Ini membuatkan kita tertanya-tanya, kenapa? Ya, ia ada kaitan dengan kos, namun perkara ini perlu penjelasan lebih lanjut.

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 04

Harrier pasaran Jepun

Perlu diingatkan yang semua peralatan komunikasi radio termasuklah fob kunci ‘keyless entry’, radio dalam kereta, malah kereta mainan R/C pun perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (tapi, anehnya undang-undang ini tidak dikuatkuasakan ke atas kereta ‘recond’).

Bagi menjelaskan situasi ini di Malaysia pula, ia berkait rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Di Singapura, pihak berkuasanya pula ialah Infocomm Media Development Authority.

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 05

Secara global, Harrier/Venza dibangunkan dengan hanya 2 pasaran tumpuan iaitu Jepun dan Amerika Syarikat. Kedua-dua negara ini mempunyai standard masing-masing bagi radio dalam kereta.

Jepun menggunakan jarak frekuensi FM yang amat berbeza dan lebih sempit. AS adalah negara yang amat besar dan pengguna di sana memerlukan radio satelit dan penyiaran audio digital (digital audio broadcasting, DAB). Oleh itu, infotainment di dalam kereta yang dijual di sana perlu dilengkapi mengikut ketetapan ini.

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 06

Venza pasaran AS

Dibandingkan dengan keperluan di AS dan Jepun, aturan bagi model Malaysia dan Singapura hanyalah untuk ‘cukup syarat’. Tambahan pula, gabungan jumlah jualan antara negara kita dengan Singapura masih terlalu kecil bagi Toyota.

Oleh itu, mereka tidak menganggap pembangunan unit infotainment baharu bagi pasaran kita sebagai satu keperluan penting, ditambah pula dengan masa yang diperlukan untuk menunggu proses kelulusan.

Akhirnya, Malaysia dan Singapura diberi radio berspesifikasi standard untuk ‘pasaran umum’. Inilah sebabnya mengapa kita diberi skrin sentuh 8 inci saja.

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 07

‘Head unit’ lebih kecil ini tampak sama dengan yang digunakan pada pakej Audio Plus Venza spesifikasi bawahan di pasaran AS (skrin 12.3 inci hanya untuk pakej Premium Audio).

Bezanya, perisian dan perkakasan di dalam unit versi AS menyokong sambungan Amazon Alexa, Sirius XM dan satu lagi servis telematik yang spesifik hanya untuk AS.

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 08

Dah faham kenapa kita dapat ‘head unit’ biasa-biasa saja? Bukannya UMW Toyota Motor kedekut, tapi hakikatnya pilihan ini tidak diberi kepada kita dari awal lagi kerana ia tidak serasi dengan standard tempatan kita.

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 09

Masih tak puas hati? Beli saja Lexus UX, lagipun harganya lebih kurang sama.

Perbandingan Harga (atas jalan tanpa insurans, dengan diskaun SST)
Model & Varian Harga (RM)
Toyota Harrier 2.0 Luxury 249,706
Lexus UX200 Urban 236,443
Lexus UX200 Luxury 274,998
Lexus UX200 F Sport 290,335

Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke? 10

Harga disenaraikan tanpa diskaun SST

 

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2018 Toyota Harrier 2.0T Premium

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru