window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya?

Haris Β· Apr 18, 2021 11:59 AM

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 01

UMW Toyota Malaysia telah melancarkan Toyota Harrier 2021 generasi keempat XU80 di Malaysia dengan harga RM 249,706. Model ini agak menarik kerana ia tidak mempunyai pesaing terdekat, selepas Nissan Murano digugurkan oleh Nissan.

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Unik dalam segmennya, Toyota Harrier XU80 tetap mencatatkan jualan yang laris. Tak sampai sebulan, sebanyak 80% daripada unit yang diperuntukkan untuk pasaran Malaysia sudah habis ditempah

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 01

Kabin dengan tona gelap

Dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.0 liter NA Dynamic Force (173 PS, 203 Nm), berbeza dengan model generasi sebelum ini yang menggunakan enjin empat silinder 2.0 liter turbo 8AR-FTS. Anjakan dari enjin turbo ke enjin NA ini menyaksikan pengurangan output kuasa.

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 02

Walaubagaimanapun, Toyota Harrier tetap laris walaupun dengan komen-komen yang kurang memberangsangkan. Tampil dengan enjin NA pada harga RM 250k, penghidap wabak 'baik beli' menganggap itu adalah suatu harga yang tidak setimpal dengan model ini. 

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 03

Lambang helang masih disematkan pada kemasan kulit pintu

Kebanyakan pembeli Toyota Harrier adalah daripada golongan korporat, di mana kenderaan dibeli di bawah pendaftaran syarikat. Dengan nilai jualan semula (resale value) produk Toyota yang tinggi, pembelian SUV ini sebenarnya langkah yang lebih baik untuk ‘parkir duit‘ - juga bukan suatu konsep yang mudah difahami semua orang.

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 04

Ketiadaan logo ‘helang’ adalah disebabkan model ini menjadi model global. Sebelum ini, Toyota Harrier hanya dikeluarkan dari Jepun dan generasi ketiga XU60 adalah model pertama dijual di luar Jepun - Malaysia dan Singapura menjadi destinasi untuk model facelift generasi ini. Disebabkan itu, logo ‘helang’ ditukar menjadi logo Toyota.

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 05

Warna yang lebih dikenali: Hitam

Model global juga adalah disebabkan oleh Toyota Harrier generasi XU80 ini dijual di Amerika Syarikat di bawah nama ‘Toyota Venza’. Untuk makluman, Toyota Venza generasi pertama tidak ada kena mengena dengan Toyota Harrier generasi sebelum.

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 06

Kemewahan Toyota Harrier dapat dirasai daripada susun atur casis platform TNGA-K dengan gandingan sistem suspensi belakang double wishbone. Ciri-ciri ini sesuai dengan karakter enjin 2.0 liter NA Dynamic Force yang memberi pemanduan yang lebih nyaman dan tenang.

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 07

3 mod bumbung suria diperlihat

Kelengkapan lain yang menarik adalah bumbung suria panorama elektrofoto kromatik, pelarasan stereng automatik, pad pengecas tanpa wayar, kabin dalaman kulit dengan warna hitam dan Head-Up Display (HUD).

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 08

Kiri: kamera dashcam belakang. Kanan: Kamera untuk cermin pandang belakang konvensional

Tanda harga RM 250k mungkin suatu angka yang tinggi untuk golongan marhaen tetapi ini bukan cara berfikir ahli perniagaan dan korporat.

Tambahan pula, ia sebenarnya suatu pilihan kewangan untuk membayar cukai jalan enjin 2.0 liter dan mendapat faedah cukai berbanding membayar cukai korporat.

Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya? 09

Toyota Harrier bukan satu-satunya model Toyota Malaysia yang mengubah persepsi pengkritik. Toyota Corolla Cross yang baru dijual juga sudah habis stok CBU Thailand yang diperuntukkan, walaupun ramai yang kurang berminat dengan rekaan berkotak.

Bacaan Lanjut:

Toyota Harrier 2021 laku keras dalam masa 6 hari, kesemua 300 unit hampir licin!

Toyota Corolla Cross 1.8G (CBU) 2021 laku keras dalam masa 6 hari, tempahan melebihi sasaran!

Rebiu: Toyota RAV4 2020, adakah berbaloi untuk membayar RM 200,000?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda