Toyota Harrier ada 9 bulan senarai menunggu di Jepun, pelancaran Malaysia tertangguh!

Mersita · Jan 14, 2021 11:00 AM

Toyota Harrier ada 9 bulan senarai menunggu di Jepun, pelancaran Malaysia tertangguh! 01

Toyota Harrier 2020 generasi keempat serba baharu cukup popular di Jepun. Sejak pelancaran rasminya dijalankan pada bulan Jun 2020, SUV premium ini menerima tempahan hampir 100,000 unit! Malangnya, kilang Toyota tidak mampu untuk memenuhi permintaan tinggi ini sehingga menyebabkan penangguhan sehingga 9 bulan.

Toyota Harrier ada 9 bulan senarai menunggu di Jepun, pelancaran Malaysia tertangguh! 02

Merujuk kepada BestCarWeb, angka jualan Toyota Harrier meningkat sehingga 461.7% pada bulan November jika dibandingkan dengan bulan yang sama pada tahun lepas – hampir 5 kali lebih banyak berbanding angka terdahulu!

Toyota Harrier ada 9 bulan senarai menunggu di Jepun, pelancaran Malaysia tertangguh! 03

BestCarWeb berkata yang perkara ini besar kemungkinannya terjadi kerana Harrier kini dijual oleh pelbagai wakil jualan di Jepun jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya yang dijual hanya oleh satu wakil jualan iaitu Toyopet.

Toyota Harrier ada 9 bulan senarai menunggu di Jepun, pelancaran Malaysia tertangguh! 04

Memandangkan kilang Toyota hanya mampu menghasilkan 10,000 unit sebulan, pengilang itu masih lagi bergelut untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Toyota Harrier ada 9 bulan senarai menunggu di Jepun, pelancaran Malaysia tertangguh! 05

Pelanggan yang membeli kereta ini pada bulan November 2020 hanya akan menerima kereta mereka seawal bulan May 2021, manakala mereka yang membelinya pada bulan Disember terpaksa menunggu sehingga bulan Julai.

Toyota Harrier ada 9 bulan senarai menunggu di Jepun, pelancaran Malaysia tertangguh! 06

Dengan 9 bulan senarai menunggu di Jepun, kita boleh jangkakan pelancaran model ini di Malaysia agak lama lagi. Dahulu, ia dijangka untuk tiba ke pasaran kita seawal tahun ini.

Toyota Harrier ada 9 bulan senarai menunggu di Jepun, pelancaran Malaysia tertangguh! 07

Lagipun, semua unit Harrier di Malaysia diimpot dari Jepun. Justeru, Toyota pasti akan meletakkan fokus mereka kepada usaha memenuhi tempahan tertangguh di Jepun terlebih dahulu sebelum memikirkan penghasilan unit impot ke negara lain.

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Toyota Harrier

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru