window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan!

Liang · Apr 2, 2023 02:00 PM

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 01

Toyota Harrier 2021

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 02

Sebab saya membeli Toyota Harrier 2021

Saya tidak pernah memiliki SUV sebelum ini. Disebabkan oleh banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan saya & keadaan jalan yang teruk, saya rasa kereta yang mempunyai pelepasan tanah yang lebih tinggi mungkin dapat mengatasi air banjir kilat yang tidak mungkin dilepasi oleh kereta sedan dengan baik.   

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proses pemilihan kereta 

Saya tidak menetapkan bajet tertentu dalam proses pemilihan kereta baharu. Pada saya, asalkan jumlah bayaran bulanan kurang daripada RM2,500.00 sepanjang tempoh 96 bulan, saya akan pertimbangkan kereta tersebut.

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 01

Model yang saya pertimbangkan termasuk BMW 320i & Lexus NX 300. Tetapi saya lebih suka kereta Jepun berbanding dengan kereta Eropah yang lebih mahal.

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 02

Selama ini saya cuma memandu kereta sedan. Jadi, saya ingin mencuba model kereta lain lebih-lebih lagi apabila kawasan tempat tinggal saya sering dilanda banjir kilat. Dalam usaha mencari kereta yang saya fikirkan paling sesuai, saya dapati kedua-dua Lexus & Harrier berkongsi platform TNGA yang telah banyak saya baca.

Betapa halus dan stabil pengendaliannya di permukaan jalan dan sebagainya, saya mendapati antara kedua-dua buah  kereta dengan undercarriage yang serupa, Harrier membawa tanda harga yang lebih rendah.

Maka saya membuat keputusan untuk membeli Harrier. Selepas duduk di dalam Harrier (tidak memandu Harrier di bilik pameran Toyota kerana pandu uji tidak dibenarkan pada waktu MCO) , saya terus membuat keputusan untuk membeli Toyota Harrier generasi ke-4.

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 03

Antara kedua-dua Lexus dan Harrier, saya secara peribadi mendapati Harrier itu tidak jauh dari segi kualiti berbanding dengan Lexus. Spesifikasi teknikal juga agak hampir. Oleh itu saya memilih Harrier pada tanda harga yang jauh lebih rendah. 

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 04

Pengalaman pengguna Toyota Harrier 2021

Pada masa artikel ini ditulis, saya sudah melakukan jarak sebanyak 15,000 km.

Purata penggunaan petrol RON 95 saya ialah 17 km/L.

Pada pandangan pertama, hanya satu perkataan ~ Handsome! Dari segi pemanduan, platform TNGA sangat mengutamakan pemandu. Kuasa tersenarai sangat mencukupi untuk pemanduan bandar & pelayaran pada 120 KM/j di sepanjang NSE, kuasa tidak menjadi masalah. 

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 05

Toyota Safety Sense (TSS) memang luar biasa cemerlang terutamanya fungsi Dynamic Radar Cruise Control (DRCC).  Kereta itu menggunakan pemanduan separuh automatik apabila kawalan pelayaran (cruise control) dihidupkan.   

Body roll boleh diterima untuk kereta setinggi ini. Suspensi Harrier lebih cenderung kepada bahagian yang lebih lembut tetapi selesa.

Satu aduan kecil ialah bunyi angin (wind noise) dari tiang A (A post) apabila melayari melebihi 120 KM/j dan bunyi ini agak mengganggu keselesaan memandu.

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 06

Seperti Toyota Altis 2.0 V lama saya, transmisi CVT memang mengeluarkan bunyi pembersih hampagas tetapi disebabkan penebat bunyi yang baik, bunyi ini  boleh diterima secara keseluruhan. 

Satu lagi kelebihan di dalam cabin pemandu, ialah pedal pemecutnya. Tidak seperti pemecut Suspended Pedal yang sering terdapat dalam kereta yang lebih murah, pedal gas Harrier ialah jenis Organ Pedal yang dapat memberikan keselesaan yang lebih apabila ditekan, terutamanya ketika dalam perjalanan jauh. Keselesaan ini harus dicuba untuk memahaminya.

Bumbung bulan panoramik (panoramic moon roof) sangat cantik!

Dalam Sport mode, 0-100 ialah 9 saat.

Penggantungan double wishbone (Rear Double Wishbone Suspension) memainkan peranan yang amat penting apabila memandu di kawasan yang berselekoh. Saya mencuba ciri ini dalam perjalanan ke Genting Highlands & laluan yang mempunyai banyak selekoh di sepanjang jalan raya di Teluk Bahang di Pulau Pinang. Jawapannya ialah Rear Double Wishbone Suspension langsung tidak mengecewakan. Pemanduannya memang selesa, stabil; seperti suspensi tersebut dapat menyerap semua ketidaksempurnaan jalan raya dengan senang sekali.

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 07

Kebaikan dan Keburukan Toyota Harrier 2021

Kelebihan Toyota Harrier 2021

  • Penggunaan bahan api yang menjimatkan , kesan terusan Dynamic Force Engine.  Saya boleh mendapatkan perbatuan 12 KM / L pada bila-bila masa.
  • Pemanduan yang selesa walaupun suspensi lebih lembut.
  • Kabin duduk adalah luas, sepatutnya tidak ada masalah untuk duduk 5 orang dewasa.
  • Penapis Nano e berkesan - sejak hari saya mendapat kereta itu sehingga sekarang, saya telah meletakkan makanan di dalam kabin & makan di dalamnya juga tetapi tidak pernah sekali meninggalkan sebarang bau makanan.
  • Model ini  mewah dalam kategori berprofil rendah (tidak seperti BMW, Audi atau Mercedes yang menjerit meminta perhatian).  Ini sesuai dengan personaliti saya.   

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 08

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 09

Keburukan Toyota Harrier 2021

  • Sebenarnya tiada.
  • Hanya platform TNGA yang dibina dengan lebih rendah, masuk & keluar agak menyusahkan walaupun ketinggian saya hanya 167 CM. Saya perlu membongkok sedikit untuk tujuan ini.
  • Hampir RM250,000.00, sistem bunyi dalam kereta yang lebih baik dan bertaraf lebih tinggi / premium amat diingini. 

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 10

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 11

Penilaian Toyota Harrier 2021 saya

Jumlah Markah: 5

Prestasi: 4

Kualiti & Ciri: 5

Ruang: 5 

Keselesaan perjalanan: 4

Ekonomi Bahan Api: 4

Harga & kos: 4

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 12

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 13

Ringkasan

Saya suka Harrier 2021 & jenama Toyota yang terkenal dengan kebolehpercayaannya. Kereta ini  sepatutnya dapat bertahan selama bertahun-tahun yang akan datang dan memberi pemanduan yang lebih menyeronokkan kepada saya. Malah, Harrier 2021 ini merupakan kereta kegunaan harian saya untuk bekerja & beriadah.


Apabila anda mencari Toyota Harrier terpakai, pastikan kenderaan itu nampak bagus dan disertakan sekali dengan sejarah penyenggaraan komprehensif. Ataupun, anda boleh lihat unit-unit cantik dan terpakai Toyota Harrier di Carsome - ditawarkan sekali dengan diskaun tunai hebat dan pakej 'tint' percuma dalam tempoh promo terhad. Jom rebut sekarang!


📢📢Pengumuman:

Setelah menerima ratusan Rebiu Pemilik sebenar, kami ingin menjemput anda untuk berkongsi pengalaman pemilikan kereta anda pula!

Tekan gambar di bawah untuk maklumat lanjut jika anda berminat untuk kongsi pengalaman sebenar anda!

Rebiu Pemilik: Toyota Harrier 2021 saya - Hensem, suspension padu, susah jumpa kekurangan! 14

Daftar sekarang untuk dapatkan info lanjut! Anda mungkin akan menerima satu cenderahati khas dari kami. Kami di WapCar akan hubungi anda setelah pendaftaran lengkap.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda