Mitsubishi Triton generasi sekarang sudah mencecah hampir 10 tahun dalam pasaran justeru model generasi baharu tentunya dalam perancangan.
Buat masa ini, Mitsubishi Motors baru sahaja mempamerkan Mitsubishi XRT Concept di Bangkok International Motor Show (BIMS) 2023. Walaupun ia mempunyai nama yang berbeza, model konsep ini pada dasarnya adalah pratonton mengenai rekaan versi pengeluaran Mitsubishi Triton 2023 serba baharu.
Diilhamkan oleh pandangan helang yang tajam, Mitsubishi Triton serba baharu mempunyai ekspresi yang lebih garang di bahagian depan dan hud dengan garis badan yang lebih menonjol, bergerak ke sisi dengan gaya bertema yang berani dan lebih bersegi.
Imej lakaran daripada Kolesa.ru memberikan lebih perincian mengenai apa yang bakal ditawarkan pada Mitsubishi Triton generasi ke-6.
Pembaharuan yang diberikan adalah rekaan sudut yang lebih tajam. Gril besar hadapan diapit antara dengan sepasang acuan berbentuk C lebar. Kekal dengan fesyen "dua tingkat": di bahagian atas terdapat blok sempit dengan tiga elemen LED berbentuk L, dan sedikit lebih rendah di bumper terletak lampu utama nyalaan rendah dan tinggi.
Bergerak ke bahagian sisi pula, lengkung yang menonjol dan mendatar diberikan, melingkari fender dan memasuki bahagian pintu. Di bahagian belakang pula, trak pikap ini diberikan lampu sudut yang lebih besar.
Berdasarkan perjanjian sebelum ini, Mitsubishi Triton generasi baharu juga akan dibangunkan dengan kerjasama Nissan justeru Nissan Navara generasi seterusnya mungkin akan berkongsi enjin yang sama. Khabar angin berspekulasi bahawa enjin 2.4 liter turbodiesel MIVEC (181 PS/430 Nm) dikekalkan ke generasi baharu ini.
Selain daripada pilihan enjin konvensional, Mitsubishi Triton generasi baharu juga boleh menawarkan rangkaian kuasa hibrid kerana Mitsubishi mempunyai komitmen untuk meliputi model elektrifikasi dalam barisan jualannya. Sungguhpun begitu, Mitsubishi Triton Hybrid hanya boleh diperkenalkan seawal tahun 2025 jika benar.
Baca: Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru
Berdasarkan pelancaran sebelum ini, Mitsubishi Triton generasi ke-6 akan datang selalunya diumumkan di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok. Prebiu (merujuk kepada Mitsubishi XRT Concept) sudah didedahkan justeru ia dijangka akan dilancarkan seawal Jun 2023.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}