Kalau anda nak tahu, 62% daripada kesemua Honda WR-V yang dijual sejak dilancarkan pada Julai 2023 adalah varian RS iaitu spesifikasi tertinggi yang berharga RM 107,900.
Harga sebegitu sebenarnya cukup mahal untuk sebuah kereta 1.5L NA yang dipasang lokal (CKD). Sebagai konteks, Honda City varian bukan hybrid yang menggunakan enjin sama paling mahal pun hanya RM 99,900. Jadi, SUV ini RM 8k lebih mahal.
Kalau dilihat dengan lebih menyeluruh, Mazda CX-3 (CBU Thailand) yang menggunakan enjin 1.5L NA bermula dari RM 107,920.
Untuk makluman anda, Honda Malaysia mengesahkan bahawa tempahan WR-V yang dikutip telah mencecah 7,300 unit. Setakat 6 September, unit yang telah didaftarkan pula sudah hampir 3,300 unit.
Warna paling popular pula ialah Meteoroid Gray Metallic (25%), diikuti oleh Ignite Red Metallic (24%) dan warna baru Stellar Diamond Pearl (22%).
Bagi anda yang belum tahu, Honda WR-V di Malaysia hadir dengan 4 varian dengan harga dari RM 89,900 โ RM 107,900. Semua varian menggunakan enjin 1.5L NA DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}