Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k!

Kita berada di zaman dimana harga untuk sedan segmen D seperti Honda Accord 1.5 TC-P 2020 berada pada paras RM 200k, bukan lagi RM 150k. Sekarang, sedan segmen C pula yang berada di lingkungan harga RM 150k.

Kemudian kita ada BMW yang memperkenalkan BMW 218i Gran Coupe yang berharga RM 211k. Ini belum masuk lagi segerombolan SUV pada segmen yang sama. Apa-apa pun, adakah Honda Accord 1.5 TC-P ini berbaloi untuk dibeli berbanding pesaingnya? Jom kita lihat.

Hanya ada dua varian Honda Accord yang dijual, iaitu 1.5 TC dan 1.5 TC-P. Varian yang kami pandu uji ini adalah TC-P yang dilengkapi dengan Honda Sensing dan LaneWatch.

Eksterior – seperti Audi A7

Honda Accord 2020 tidak lagi menggunakan asas reka bentuk ‘three box design’ seperti generasi sebelumnya. Sebaliknya, kini ia mempunyai reka bentuk fastback ala Audi A7.

Jika nak dibandingkan dengan adiknya iaitu Honda Civic FC, terdapat elemen reka bentuk yang sama seperti profil fastback, strip krom diatas garisan tingkap, lampu belakang berbentuk C yang lebih panjang (macam stapler?), dan lampu LED depan nipis yang digabungkan dengan trim krom yang sama lebarnya dengan kereta.

Pada pendapat saya pula, Honda Accord yang baharu ini nampak lebih anggun, sporty, dan elegan berbanding model sebelum ini yang nampak seperti sedan biasa sahaja.

Saiz roda pada Accord ini berukuran 18 inci, dibalut dengan tayar 235/45. Menariknya, saiz tayar ini sama dengan Toyota Camry dan Volkswagen Passat Elegance. Kebetulan?

Jurang panel tidak melebihi 1.0mm di kedua-dua belah, dimana ia menunjukan kualiti pembinaan yang baik. Ketebalan cat pula berada pada lingkungan 110 µm.

Interior – Sungguh simetri dan anggun

Sama seperti Honda Civic, tempat duduk depan dan belakang berada pada posisi yang agak rendah. Pada sesiapa yang menyukai posisi sebegini akan menghargainya, termasuklah saya sendiri.

Bagi individu yang kurang berkenan pula, jangan risau, terdapat banyak pelarasan di stereng dan tempat duduk mengikut keselesaan anda.

Papan pemukanya juga nampak kemas dan sedap mata memandang. Tiada posisi butang mahupun reka bentuk yang pelik, skrin infotainment sama ketinggian dengan kluster instrumen digital dan butang berada di tempat yang sepatutnya.

Sistem audio dengan Android Auto and Apple CarPlay mempunyai salah satu integrasi yang terbaik. Peta dipaparkan di bahagian LCD kluster instrumen.

Accord juga mempunyai 10 pembesar suara, tetapi secara peribadinya saya lebih menyukai sistem audio dan pembesar suara JBL pada Camry yang lebih enak, halus dan merdu bunyinya.

Sepertimana Honda zaman sekarang, ruang yang luas serta praktikaliti adalah kekuatan utamanya. Penumpang di bahagian belakang mempunyai ruang kaki yang begitu banyak, ala sebuah eksekutif. Jika anda nak lagi banyak ruang dari ini, anda kena berbelanja lebih untuk Lexus ES.

Yes, 4 tennis balls comfortably. And I'm 177 cm tall.

Kualiti binaan dan bahan yang digunakan setaraf harga permintaannya. Dalam julat segmen D, interior Mazda 6 masih lagi mengungguli carta teratas dari segi kualiti, pilihan bahan dan suasana kabin.

Pengalaman Pemanduan – ‘Cruiser’ yang santai dan berkuasa

Posisi pemanduan yang rendah selalu dikaitkan dengan pemanduan sporty dan menarik. Namun begitu, Honda Accord ini bukanlah sporty untuk dipandu.

Bukan nak kata ia tak sedap untuk dipandu, jauh sekali. Cuma karakter pemanduannya lebih untuk pemanduan santai di lebuh raya daripada mengambil selekoh.

Sterengnya ringan, respon pendikit secara beransur-ansur, dan transmisi CVT nya sangat lancar. Ia memberikan pengalaman pemanduan yang santai, walaupun ia mempunyai enjin bercas turbo.

Jika anda mengambil selekoh dengan penuh bersemangat, ia akan mengikut input anda dengan memberikan pengendalian yang senang untuk dikawal.

Berbanding pesaing utamanya iaitu Toyota Camry, stereng pada Camry lebih berat tetapi mempunyai rasa yang lebih natural. Malah anda dapat rasakan pemindahan berat ketika mengambil selekoh.

Enjin 2.5 liter aspirasi natural pada Camry ini juga boleh rev dengan sempurna. Gabungan ini memberikan pengalaman pemanduan yang lebih komunikatif.

Semestinya Toyota Camry tidak boleh bersaing dengan kekuatan dan kelajuan Honda Accord. Dalam ujian 0-100 km/j, Accord hanya mengambil masa sebanyak 8.7 saat, 2 saat lebih laju daripada Camry.

Century sprint takes 8.7 seconds, 100-0 km/h requires 38 metres to stop.

Tetapi pada mana yang biasa kereta turbo berprestasi, Accord tidak mempunyai tarikan yang membuat anda tersentak ke tempat sandar. Sebaliknya, ia memecut dengan lancar dan beransur-ansur, kena dengan karakter ‘cruiser’.

Tahap Keselesaan – suspensi yang ditala dengan baik

Sistem suspensi pada Accord ini tidak terlalu keras mahupun terlalu lembut. Penyerap hentak sedikit keras berbanding Camry, tetapi ia masih lagi menyerap segala liku di jalan raya tanpa sebarang gangguan di kabin.

Tempat duduk depan juga selesa, cuma ia tidak selembut mahupun mewah seperti Camry kerana kusyen sedikit keras.

Lain ceritanya di tempat duduk belakang pula, kerana ia diukir dengan baik dan menawarkan sokongan paha yang hebat dari pangkal tempat duduk dengan panjang yang betul.

Sound insulating material on the wheel well.

Ujian tahap kebisingan kabin sedikit pelik. Secara objektifnya , meter tahap bunyi mencatat purata 69 dB pada 110 km/j, 2 dB lebih tinggi berbanding dengan Camry.

Tetapi secara subjektif, Accord terasa lebih tenang daripada angka yang ditunjukkan. Ini bermakna fungsi Active Noise Cancellation sedang bekerja keras membatalkan frekuensi sensitif pada telinga kita, terus membuatkan kabin terasa senyap.

Penggunaan minyak – agak jimat untuk trenkuasanya

Selepas memandu sejauh 88.3 km dengan 60% di lebuh raya dan 40% di bandar, jumlah yang perlu diisi untuk penuh adalah sebanyak 7.75 liter. Ini bermakna penggunaan minyak berada dia sekitar 8.8 liter/100 km.

Sebagai perbandingan, Toyota Camry menggunakan 10.5 liter/100 km manakala Volkswagen Passat mencatatkan bacaan 6.5 liter/100 km (!), angka yang sungguh padu.

Konklusi

Berbanding pesaingnya, Honda Accord bukanlah paling sedap untuk dipandu. Toyota Camry terasa lebih organik, Passat lebih lincah, dan Mazda 6 lebih tangkas.

Karakter pemanduan yang berbeza-beza ini bukanlah benda yang tak elok kerana ia bergantung kepada apakah keutamaan dan gaya pemanduan anda.

Daya tarikan utama yang ada pada Honda Accord berbanding sedan segmen D yang lain ialah ruang interior ala sedan eksekutif, dimana ruang belakang nya sangatlah luas. Ia juga mempunyai sistem ADAS yang paling lengkap dengan Low Speed Follow (LSF).

Jika anda diberi pilihan, adakah anda akan memilih Honda Accord, Toyota Camry, Mazda 6, atau Volkswagen Passat? Tinggalkan komen di bawah.

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda Accord

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Honda Accord 1.5 TC-P is the BEST CAR on WapCar Ratings, What Makes it So Great?!

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Honda Accord 1.5 TC-P vs. Toyota Camry 2.5V Comparison Review, Which is The Better Boss Car?

All-new 2020 Honda Accord 1.5 Turbo Closer Look, Most Powerful D-Segment!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

Itโ€™s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, itโ€™s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editorโ€™s Choice Award 2022-2023 for โ€˜Pick-up Truck of the Yearโ€™ for the Ranger and โ€˜Car of the Yearโ€™ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant thatโ€™s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. Thatโ€™s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. โ€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda Accord
Cek Lebih