window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

80 bas FCEV Geely tempuh 400,000 km di Beijing Winter Olympics 2022, demo terbesar dunia

Mersita ยท Mar 7, 2022 06:00 PM

80 bas FCEV Geely tempuh 400,000 km di Beijing Winter Olympics 2022, demo terbesar dunia 01

Walaupun perhatian ramai tertumpu pada Beijing Winter Olympics 2022 pada Februari lalu, tak ramai perasan tentang kehebatan armada bas sel bahan api hidrogen Farizon C12F keluaran Geely yang terbukti cekap dalam penggunaan tenaga.

Jenama kenderaan komersial Geely, Farizon, dilantik sebagai penyedia pengangkutan ketika berlangsungnya sukan Beijing Winter Olympics 2022 yang baru saja berakhir.

80 unit bas sel bahan api hidrogen C12F digunakan untuk membawa para pemain, media, dan pengunjung sukan bertaraf dunia itu di Zhangjiakou iaitu lokasi sukan ski. Ini secara tidak langsung mengukir rekod bagi demonstrasi kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV) terbesar di dunia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

80 bas FCEV Geely tempuh 400,000 km di Beijing Winter Olympics 2022, demo terbesar dunia 01

Salah satu daripada resort ski di Zhangjiakou. Kredit: Agoda

Zhangjiakou terkenal dengan cuacanya yang amat sejuk. Disebabkan oleh suhunya yang rendah, kawasan berbukit itu diselubungi salju selama hampir setengah tahun dan menghasilkan suasana yang sesuai untuk sukan ski. Perkara ini jugalah yang menjadikannya destinasi pelancongan sukan ski yang cukup popular.

Sepanjang Winter Games berlangsung selama lebih dua minggu, bas-bas sel bahan api hidrogen C12F ini telah menempuh hampir 400,000 km jarak perjalanan dan membawa hampir setengah juta orang penumpang tanpa sebarang masalah.

Kejayaan ini telah membuktikan kebolehan, keselamatan, dan kesesuaian kenderaan sel bahan api hidrogen dalam cuaca sejuk kepada dunia.

Baca juga: Geely Farizon FX didedah, trak pikap berasaskan Proton X70! Boleh jadi Proton Arena?

80 bas FCEV Geely tempuh 400,000 km di Beijing Winter Olympics 2022, demo terbesar dunia 02

Sebab Geely memilih untuk menggunakan kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV) ketika Winter Games adalah kerana ketidakcekapan kenderaan elektrik berbateri (BEV) dalam cuaca sejuk.

Dalam suhu rendah, BEV mengalami pengurangan sehingga 50 peratus dari segi jarak perjalanan dan tempoh pengecasan. FCEV hidrogen tidak mengalami isu ini.

Farizon memperkenalkan bas FCEV hidrogen C12F pada 2019. Bas ini mempunyai jarak perjalanan 500 km dengan kapisiti penuh dan ia masih boleh beroperasi pada prestasi puncak walaupun dalam suhu antara -35C hingga -42C. Ia juga hanya memerlukan 5 minit saja untuk isian semula.

Baca juga: Calon Optimus Prime baru adalah Farizon Homtruck dari Geely, trak pikap EV termoden?

80 bas FCEV Geely tempuh 400,000 km di Beijing Winter Olympics 2022, demo terbesar dunia 03

Memandangkan ia telah berjaya membuktikan kecekapannya ketika Winter Games berlangsung, Farizon dilaporkan telah menerima sambutan dan permintaan cukup hangat bagi model C12F ini dari bandar-bandar lain di sekitar China. Enam buah bandar telahpun meletakkan tempahan bagi bas-bas hidrogen ini termasuklah Wuhan, Ma’anshan, Zibo, Huzhou, Jiaxing, dan Zhangjiakou.

Armada bas FCEV hidrogen Geely akan kekal berada di Zhangjiakou selepas Winter Games berakhir bagi menyokong acara Paralympic Games yang akan datang.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda