window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polis keluar 896 saman, sita 19 motosikal dalam operasi JSPT KL, hujung minggu lalu!

Khairil ยท Sep 6, 2021 02:00 PM

Polis keluar 896 saman, sita 19 motosikal dalam operasi JSPT KL, hujung minggu lalu! 01

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) mengeluarkan sejumlah 896 saman dan menyita 19 motosikal atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan selama tiga hari, hujung minggu lalu.

Operasi dikenali sebagai Op Samseng Jalanan/Op Motosikal/Op Pelbagai Kesalahan oleh JSTP Ibu Pejabat Kontinjen KL itu dijalankan di Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Akleh, Lebuhraya Duke dan Lebuhraya NPE.

Juga baca: 'Rempit' sambil layan aksi 'Superman', penunggang OKU antara ditahan polis! 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Polis keluar 896 saman, sita 19 motosikal dalam operasi JSPT KL, hujung minggu lalu! 01

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, antara yang ditahan adalah tiga lelaki yang disyaki menunggang motosikal secara berbahaya dan seorang lelaki atas kesalahan mencuri kenderaan.

Dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Kuching, Sarifudin berkata anggotanya menahan tiga lelaki yang melakukan aksi merbahaya seperti ‘zig-zag’, ‘Superman’ serta bersaing antara satu sama lain. Individu yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun.

Juga baca: Laku aksi 'Superman', 'roket' di lebuhraya Duke, 5 mat rempit ditahan

Polis keluar 896 saman, sita 19 motosikal dalam operasi JSPT KL, hujung minggu lalu! 02

Kata Sarifudin, kesemua suspek dibawa ke Balai JSPT KL dan akan dituduh dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

Dalam operasi di Jalan Tun Razak pada Jumaat pula, Sarifudin berkata seorang lelaki berusia 27 tahun telah ditahan atas kesalahan mencuri kenderaan.

Polis keluar 896 saman, sita 19 motosikal dalam operasi JSPT KL, hujung minggu lalu! 03

“Lelaki terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri sebuah kenderaan bermotor dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah selain merupakan individu yang dikehendaki polis."

Antara motosikal yang disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai ekzos dipercayai adalah dari model Yamaha Y15ZR, Yamaha LC 135 dan Yamaha 125Z.

Juga baca: Jaga-jaga, Polis komited buru motosikal ekzos bising

Polis keluar 896 saman, sita 19 motosikal dalam operasi JSPT KL, hujung minggu lalu! 04

Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah kembali motosikal ke struktur asal.

Sarifudin menambah, Polis akan terus mempertingkatkan operasi terutamanya pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang jalan raya.

Sumber imej: JSPT KL

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda