window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jaga-jaga, Polis komited buru motosikal ekzos bising

Khairil · Dec 31, 2020 01:00 PM

Jaga-jaga, Polis komited buru motosikal ekzos bising 01

Jika anda pemilik motosikal yang melakukan ubah suai melampau terutama di bahagian ekzos bagi mendapatkan bunyi yang 'mengancam', ini mungkin berita buruk buat anda.

Memetik laporan Berita Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan operasi besar-besaran bagi memburu pesalah trafik dengan fokus kepada pengguna motosikal yang mengganggu ketenteraman awam dalam tempoh terdekat.

Jaga-jaga, Polis komited buru motosikal ekzos bising 02

Sumber imej: Berita Harian

Perkembangan itu disuarakan sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu wawancara khas di Bukit Aman, semalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jaga-jaga, Polis komited buru motosikal ekzos bising 01

Sumber imej: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

"Ramai orang membuat aduan membabitkan golongan pengguna motosikal ini yang mengacau ketenteraman awal terutama dengan ekzos yang terlalu bising," katanya.

"Golongan ini adalah penunggang sama yang turut menggangu perjalanan trafik apabila mereka bergelak dalam kumpulan yang ramai dan pengguna jalan raya lain terpaksa memberi laluan kepada mereka."

Jaga-jaga, Polis komited buru motosikal ekzos bising 02

"Sudah-sudahlah untuk mereka memulas pendikit motosikal yang diubah suai, terutama di waktu pagi sehingga mengganggu orang ramai dengan bunyi bising itu.

"Saya sudah mengarahkan JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik) untuk melancarkan operasi besar-besaran. Tiada kompromi lagi.

Jaga-jaga, Polis komited buru motosikal ekzos bising 03

Sumber imej: BanLeeMotor

"Motosikal yang diubah suai akan dirampas dan pihak terbabit mesti mengubah motosikal mereka itu seperti asal semula," kata Abdul Hamid yang menambah penunggang motosikal menyumbang angka kemalangan yang tertinggi di negara ini.

Turut difahamkan, operasi yang dijalankan JSPT itu akan memberi tumpuan kepada motosikal berkuasa tinggi dan bawah 150cc.

Jaga-jaga, Polis komited buru motosikal ekzos bising 04

Sumber imej: YouTube

Baru-baru ini, kecoh apabila destinasi percutian tanah tinggi terkemuka negara, Genting Highland tidak membenarkan kumpulan konvoi bermotosikal untuk menjadikan lokasi itu sebagai tempat berkumpul.

Perkara itu menjadi viral di media sosial susulan penyebaran video yang memaparkan seorang anggota polis bantuan Genting Highland menyatakan bahawa pihak pengurusan tidak lagi membenarkan mana-mana kumpulan kereta mahupun motosikal yang berkonvoi untuk menaiki puncak gunung terbabit.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda