window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Afghanistan berdiri di atas hasil bumi yang menjadi kunci kepada harga kereta elektrik (EV) murah

Haris · Aug 29, 2021 10:00 AM

Afghanistan berdiri di atas hasil bumi yang menjadi kunci kepada harga kereta elektrik (EV) murah 01

Logam nadir bumi seperti litium, kobalt, dan nikel adalah 'minyak mentah' di dalam era kenderaan elektrik (EV). Oleh kerana EV kini diterima dengan meluas, syarikat pengeluar mempunyai masalah bagi mendapatkan bekalan untuk logam nadir bumi ini.

Sama seperti petroleum, bekalan logam nadir bumi sering terletak di lokasi berisiko tinggi yang tidak stabil secara politik.

Terbaru, tinjauan bahagian Geologi AS menganggarkan bahawa simpanan litium Afghanistan berada pada 21 juta tan, menjadikan Afghanistan deposit litium yang terbesar di dunia. Jumlah ini menewaskan deposit litium di Bolivia dan Argentina, 2 negara yang menjadi pengeluar utama dunia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Afghanistan berdiri di atas hasil bumi yang menjadi kunci kepada harga kereta elektrik (EV) murah 01

Piawaian ketat bahan mentah mesra alam BMW Group dari kobalt dan litium bersumber terus dari lombong

Malah, Pentagon memanggil Afghanistan sebagai 'Tanah Besar Arab untuk Litium'.

Namun anggaran tersebut selalu dipertikaikan kerana sukar bagi pakar untuk menilai secara bebas jumlah mineral Afghanistan, manakal anggaran bahagian Geologi AS berdasarkan data tahun 1980-an yang diberikan oleh Rusia.

Walaubagaimanapun, ramai yang bersetuju bahawa Afghanistan berdiri di atas salah satu deposit mineral terkaya di dunia.

Pengekstrakan logam berharga selalunya yang menjadi masalah. Masalahnya bukan sekadar kos atau teknologi tetapi lebih kepada keselamatan. Ia tidak berbeza dengan penggerudian minyak laut dalam yang mencabar di Alaska atau di benua Afrika yang dilanda perang.

Afghanistan berdiri di atas hasil bumi yang menjadi kunci kepada harga kereta elektrik (EV) murah 02

Kenderaan elektrik tidaklah begitu mesra alam seperti yang disangkakan

Badan Tenaga Antarabangsa menganggarkan bahawa permintaan global untuk litium akan melonjak 42x lebih besar pada tahun 2040 berbanding tahun 2020, kobalt naik 21x dan nikel naik 19x.

Harga litium karbonat kini diperdagangkan di Chin, pembeli litium terbesar di dunia. China memperdagangkan litium 120 peratus lebih tinggi daripada tahun lalu.

Afghanistan berdiri di atas hasil bumi yang menjadi kunci kepada harga kereta elektrik (EV) murah 03

Honda mengitar semula bateri NiMh yang dibuang

Namun, harga kenderaan elektik (EV) tetap dijangka menurun disebabkan oleh bebrapa faktor, antaranya insentif kerajaan teknologi bateri dan motor yang lebih baik serta kebergantungan terhadap logam nadir bumi yang berkurangan.

Honda misalnya, adalah pengeluar kereta pertama yang menggunakan motor elektrik bebas logam nadir bumi.

Afghanistan berdiri di atas hasil bumi yang menjadi kunci kepada harga kereta elektrik (EV) murah 04

Honda Freed Hibrid adalah kereta xEV pertama di dunia yang menggunakan motor bebas logam nadir bumi

CATL China, pengeluar bateri EV terbesar di dunia, pada bulan Julai telah melancarkan bateri sodium-ion yang tidak mengandungi litium, kobalt atau nikel. Pada asasnya, bateri ini dihasilkan menggunakan sodium yang diekstrak dari garam biasa.

Masalahnya, 'bateri garam' ini mempunyai ketumpatan tenaga yang jauh lebih rendah daripada bateri berasaskan litium. Ini bermakna masih ada jalan yang panjang sebelum teknologi itu siap dikomersialkan pada kereta elektrik.

Afghanistan berdiri di atas hasil bumi yang menjadi kunci kepada harga kereta elektrik (EV) murah 05

Bateri sodium CATL 

Sekiranya harga logam nadir bumi terus naik pada kadar semasa, penjimatan yang diperoleh daripada efisiensi pembuatan dan teknologi EV tidak mampu mengimbangi kenaikan kos bahan.

Masalah ini lebih rumit kerana tidak seperti minyak, pengeluar kenderaan dan pembekal dijangka dapat menyelesaikan masalah ini sendiri. Sebelum ini, Toyota misalnya, tidak perlu ambil peduli sama ada minyak petrol berasal dari Saudi Aramco atau Lukoil Rusia, bukan masalah Toyota.

Afghanistan berdiri di atas hasil bumi yang menjadi kunci kepada harga kereta elektrik (EV) murah 06

Lombong litium di Australia. Tidak semua lombong litium menggunakan peralatan keselamatan yang betul

Kenderaan elektrik sendiri memerlukan logam nadir bumi di dalam komponen, tidak seperti minyak. Hal ini membabitkan pengeluar, kerana mereka perlu memastikan rantaian bekalan diaudit bagi memenuhi piawaian konvensyen UN.

BMW dilihat memimpin langkah ini. BMW kini satu-satunya syarikat kereta yang menggabungkan laporan kelestarian ke dalam laporan kewangan, dan satu-satunya syarikat kereta yang dapat memiliki rantaian bekalan yang benar-benar mesra alam. Malah, lokasi mineral yang menjadi bateri untuk BMW iX boleh ditunjukkan tanpa berselindung.

Misalnya, BMW mengambil bekalan nikel daripada Congo yang terkenal dengan eksploitasi hak dan pekerja. Oleh itu, BMW sendiri telah tampil dengan program latihan untuk melatih sendiri profesional dalam bidang perlombongan nikel di Congo.

Baca: BMW iX 2021 dilancarkan di Malaysia – SUV elektrik BMW pertama, bermula RM 419k 

Afghanistan berdiri di atas hasil bumi yang menjadi kunci kepada harga kereta elektrik (EV) murah 07

BMW tampil dengan program latihan profesional di Congo 

China sebagai pembeli litium terbesar di dunia tentunya berminat untuk mendapatkan lebih banyak bekalan litium untuk mereka sendiri, justeru mengesahkan langkah diplomatiknya baru-baru ini yang dilihat 'jinak' dengan Afghanistan.

Afghanistan berdiri di atas hasil bumi yang menjadi kunci kepada harga kereta elektrik (EV) murah 08

Toyota Hilux bukan kegemaran Taliban, tapi Ford Ranger

Bicara mengenai polemik politik Afghanistan memang tidak berkesudahan. Sekiranya AS juga berundur daripada mencampuri kedaulatan negara tersebut, mungkin kita juga sepatutnya berbuat demikian. Soal pengekstrakan sumber nadir bumi ini, hanya boleh ditunggu lihat.

Baca: Sebenarnya, Ford Ranger adalah pilihan trak pikap Taliban, bukan Toyota Hilux!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda