window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Atas faktor kemampuan rakyat, k'jaan tak jadi keluarkan dasar untuk melupus kereta 'lama' - Anthony Loke

Faisal · Oct 24, 2023 03:29 PM

Atas faktor kemampuan rakyat, k'jaan tak jadi keluarkan dasar untuk melupus kereta 'lama' - Anthony Loke 01

Sumber foto: Media sosial.

Dasar melupuskan kenderaan berusia yang pernah digembar-gemburkan di negara kita pada tahun lalu bagi mengurangkan kadar pelepasan karbon nampaknya tidak sesuai dilaksanakan pada masa sekarang.

Hal ini mengambil kira faktor utama seperti keadaan sosial ekonomi rakyat Malaysia.

Atas faktor kemampuan rakyat, k'jaan tak jadi keluarkan dasar untuk melupus kereta 'lama' - Anthony Loke 02

Jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan tidak mahu memberi situasi di mana rakyat tidak mampu menghadap perubahan yang sebegitu rupa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata beliau dalam sidang media pada pelancaran Forum Kelestarian Persekitaran Pengangkutan Serantau Asia Peringkat Tinggi ke-15 di Kuala Lumpur hari ini, “Ya betul, banyak kenderaan berusia di atas jalan raya kita tetapi kita tidak boleh melaksanakan dasar seperti negara maju lain. Lagipun, perubahan ini memakan masa”.

Atas faktor kemampuan rakyat, k'jaan tak jadi keluarkan dasar untuk melupus kereta 'lama' - Anthony Loke 01

Ulas Loke lagi, rakyat masih bergantung pada kenderaan persendirian untuk bergerak, dan ini merupakan antara faktor kenapa kerajaan tidak memperkenalkan dasar yang tidak menggalakkan pemilikan kenderaan semasa.

“Dalam negara kita, belum ada satu lagi dasar yang menghalang pemilikan kenderaan. Cumanya, kerajaan sedang berusaha memberi pilihan tambahan kepada rakyat melalui sistem pengangkutan awam yang lebih cekap.” kata Loke.

Juga bacaM'sia bakal ada polisi 'recycle' kereta lama menjelang 2025, lebih 10 tahun akan jadi mangsa?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda