window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Banteras isu rasuah ketika ujian memandu guna teknologi sedang dikaji MoT

Haris · Sep 24, 2021 11:00 AM

Banteras isu rasuah ketika ujian memandu guna teknologi sedang dikaji MoT 01

Gejala memperolehi lesen secara merasuah penguatkuasa mengundang padah kepada masyarakat secara amnya. Namun, khidmat teknologi IoT (Internet of Things) kini ditagih oleh Kementerian Pengangkutan dalam memastikan tiada lagi masalah seperti ‘lesen terbang’ atau rasuah dalam proses pengujian yang dijalankan di Institut Latihan Pemanduan (ILP).

Terbaru, Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pengangkutan sedang mengadakan kajian kebolehlaksanaan aplikasi teknologi seperti kamera dan sensor bagi menambah baik proses pembelajaran dan meningkatkan tahap integriti pengujian yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Banteras isu rasuah ketika ujian memandu guna teknologi sedang dikaji MoT 01

"Contoh, kalau seseorang itu mengambil ujian dengan JPJ, kita akan masukkan mereka dalam kenderaan yang bukan sahaja ada video kamera untuk rakaman, malah sensor juga akan diletakkan dalam kenderaan yang sedang jalankan pengujian ini.

"Apabila di litar, semua tiang parkir akan dipasang dengan kamera dan sensor untuk melihat macam mana soal integriti yang dipersoalkan dulu yang kata bila mengambil ujian kita boleh beri rasuah," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat semalam.

Baca: Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke?

Banteras isu rasuah ketika ujian memandu guna teknologi sedang dikaji MoT 02

Wee turut berkata, spekulasi soal integriti dalam ujian memandu juga dapat diselesaikan dengan penggunaan teknologi dan sensor apabila semua maklumat dapat dikawal oleh pusat kawalan.

“Keperluan automasi dalam merekodkan elemen pengujian yang boleh dilihat kembali apabila terdapat dakwaan juga boleh diselesaikan dengan bantuan teknologi itu.”

“Ia memerlukan analisis data besar, penggunaan sensor yang canggih termasuk penggunaan 'Internet of things (IoT)'.” ujar beliau lagi.

Banteras isu rasuah ketika ujian memandu guna teknologi sedang dikaji MoT 03

Di samping itu, Dr Wee Ka Siong turut menjelaskan bahawa Kementerian Pengangkutan kini sedang membantu sekitar 462,000 calon yang tidak dapat mengikuti proses mendapatkan lesen dan menduduki ujian memandu akibat penutupan pengoperasian institut memandu berikutan pandemik Covid-19.

Kerajaan telah membenarkan lanjutan pembaharuan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang tamat tempoh melebihi dua tahun bermula 13 Januari lalu sehingga 30 Jun 2022 bagi membolehkan institusi memandu mengaturkan semula ujian untuk semua calon dengan pihak JPJ dan dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Sumber: Harian Metro.

Baca: Kurikulum sekolah memandu Malaysia lapuk dan tak lengkap. Pemandu kita berlagak tapi kurang mahir?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda