window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW mengesahkan harga BMW 750e xDrive 2023 CKD versi M Sport - RM 699,800

Faisal ยท Nov 3, 2023 02:21 PM

BMW mengesahkan harga BMW 750e xDrive 2023 CKD versi M Sport - RM 699,800 01

BMW Malaysia telah mengumumkan harga rasmi buat BMW 750e xDrive M Sport iaitu pada RM 699,800 (termasuk pakej waranti dan servis lanjutan 5 tahun). Bagi anda yang belum tahu, varian dengan kit M sport ini telahpun dilancarkan pada Mei tempoh hari bersama varian Pure Excellence tetapi ketika itu, harganya belum ditetapkan.

Untuk bahagian dalam pada varian M Sport, 7 Series CKD Kulim ini tampil dengan trim kayu kilat M dengan sentuhan kelabu metalik berbanding trim kayu oak pada varian Pure Excellence.

BMW mengesahkan harga BMW 750e xDrive 2023 CKD versi M Sport - RM 699,800 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara ciri unik yang ada termasuklah bumbung kaca panoramik Sky Lounge dan BMW Theatre Screen (8K) 31.3 inci pada bahagian belakang yang dilengkapi audio Bowers & Wilkins.

Dari segi keselamatan pula, varian M Sport hadir dengan Driving Assistant Plus, manakala varian Pure Excellence diberi ciri Driving Assistant Professional.

Untuk trenkuasa, 750e datang dengan enjin 3.0L turbo 6-silinder sebaris B58 dengan teknologi hybrid plug-in (PHEV) yang menghasilkan output sebanyak 489 PS/700 Nm. Motor elektriknya sendiri dikuasai bateri berkapasiti 22.1 kWj. Kuasa dihantar ke semua roda (xDrive) melalui transmisi automatik 8-kelajuan. Pecutan 0 โ€“ 100 km/j pula hanya mengambil masa 4.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 250 km/j.

BMW mengesahkan harga BMW 750e xDrive 2023 CKD versi M Sport - RM 699,800 01

Jadi secara keseluruhan, BMW 7 Series di Malaysia kini ditawarkan dengan tiga varian seperti di bawah:

  • 750e xDrive Pure Excellence โ€“ RM 649,800
  • 750e xDrive M Sport โ€“ RM 699,800
  • i7 xDrive60 M Sport โ€“ RM 729,800

Juga baca

BMW 7 Series 2023 CKD generasi G70 dilancar di Malaysia - dari RM 650k, PHEV, 489 PS/700 Nm

Harga EV mercu BMW i7 2023 untuk Malaysia diumum - RM 729k, 544 PS, jarak pandu 625 km

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW 7 Series 740Le xDrive M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda