window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Carsome jana pembiayaan RM 1.26 bilion, selangkah ke hadapan untuk IPO

Mersita ยท Jan 13, 2022 09:00 AM

Carsome jana pembiayaan RM 1.26 bilion, selangkah ke hadapan untuk IPO 01

Carsome Sdn. Bhd., antara platform jual beli kereta terpakai atas-talian terbesar di Asia Tenggara, telah berjaya menjana hampir USD 300 juta (~RM 1.26 bilion) dalam satu pusingan pembiayaan diketuai oleh dana berkait dengan Temasek Holdings Pte Ltd serta dana kekayaan berdaulat Qatar, menurut sumber yang rapat dengan perkara ini.

Carsome jana pembiayaan RM 1.26 bilion, selangkah ke hadapan untuk IPO 02

Sumber itu juga memberitahu yang 65 Equity Partners dan SeaTown Holdings Pte Ltd, kedua-duanya disokong oleh Temasek Holdings, serta Qatar Investment Authority (QIA) adalah antara pelabur yang menyertai program pengumpulan dana oleh Carsome.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Carsome jana pembiayaan RM 1.26 bilion, selangkah ke hadapan untuk IPO 01

Carsome sedang merancang untuk memasuki tawaran awam permulaan (initial public offering/IPO) di Amerika Syarikat dalam tahun ini. Wakil dari Carsome, 65 Equity Partners, SeaTown, dan QIA tidak memberi maklumbalas segera kepada Bloomberg apabila diminta untuk memberi komen.

Carsome jana pembiayaan RM 1.26 bilion, selangkah ke hadapan untuk IPO 02

Eric Cheng, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome

Mereka mula menarik minat pelabur sejak November lalu dan merancang untuk menjana kira-kira USD 200 juta. Dalam satu kenyataan pada September, Carsome berkata ia berjaya merangkul USD 170 juta dalam pusingan siri D2 dengan penilaian USD 1.3 bilion.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda