window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cub Prix: Fazli Sham bukti masih berbisa, Helmi tonjol kejaguhan

Khairil ยท Dec 21, 2020 04:00 PM

Cub Prix: Fazli Sham bukti masih berbisa, Helmi tonjol kejaguhan 01

Pelumba berpengalaman Ahmad Fazli Sham membuktikan keputusannya untuk keluar daripada persaraan dan kembali bersaing di Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS sebagai tepat apabila dia menjuarai perlumbaan Pusingan 6, minggu lalu.

Di usia 38 tahun, Fazli Sham kembali berlumba bersama pasukan ONEXOX TKKR SAG Team dan menggunakan jentera Yamaha bagi menggantikan Nazirul Izzat Bahauddin yang terpaksa menarik diri susulan kecederaan tangan sejak Pusingan 4 musim ini.

Cub Prix: Fazli Sham bukti masih berbisa, Helmi tonjol kejaguhan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada perlumbaan kelas perdana CP150 yang berlangsung di Litar Utara Sepang itu semalam, Fazli Sham menggunakan sepenuh pengalaman apabila memintas perlumba di hadapannya pada saat-saat akhir sebelum meraih kemenangan.

Lebih manis, ia adalah kemenangan pertamanya sejak kali terakhir dia meraihnya empat tahun lalu.

Cub Prix: Fazli Sham bukti masih berbisa, Helmi tonjol kejaguhan 01

Mengulas kemenangan itu, Fazli Sham berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama berpasukan terutama bagi menyekat kemaraan pasukan Honda.

“Keputusan dari Pusingan 5 menunjukkan bahawa kami memerlukan strategi baharu untuk menyekat kemaraan Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar dari terus mendominasi kategori CP150. Pada pertengahan perlumbaan tadi, saya sudah mula mengintai ruang untuk menyelinap. Saya berasa puas hati strategi pasukan kami menjadi di Pusingan 6,” kata Fazli.

Cub Prix: Fazli Sham bukti masih berbisa, Helmi tonjol kejaguhan 02

Sementara itu, pelumba pasukan Hi Rev SCK Honda Racing, Mohd Helmi Azman menambah kehangatan perebutan kejuaraan keseluruhan kelas CP150 apabila memenangi perlumbaan Pusingan 5 yang berlangsung lebih awal.

Kemenangan itu dan tempat ketiga pada Pusingan 6 menyaksikan dia kini berkongsi kedudukan bersama pelumba kedudukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar di tangga teratas kejuaraan dengan masing-masing mengumpul 107 mata.

Cub Prix: Fazli Sham bukti masih berbisa, Helmi tonjol kejaguhan 03

Perlumbaan Pusingan 5 berlangsung sengit apabila kedudukan pendahulu sering bertukar tangan sebelum Helmi membuktikan kekuatan jenteranya pada pusingan terakhir.

“Itu sememangnya strategi perlumbaan pasukan kami untuk pusingan ini. Agak mustahil bagi seseorang pelumba untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama untuk perlumbaan sepanjang 11 pusingan di atas litar yang panjang dan lebar seperti Sepang.

"Jadi, saya hanya merancang menunggu sehingga pusingan terakhir sebelum membuat serangan. Syukur, strategi tersebut menjadi pada perlumbaan tadi,” kata Helmi.

Cub Prix: Fazli Sham bukti masih berbisa, Helmi tonjol kejaguhan 04

Selepas penganjurannya tertangguh sejak Oktober lalu, perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 kembali bersambung bermula minggu lalu susulan 'lampu hijau' yang diperoleh daripada pihak berkuasa.

Kedudukan keseluruhan CP150 selepas 6 pusingan

  1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Idemitsu Honda Yuzy Racing) 107 mata
  2. Mohd Helmi Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing) 107 mata
  3. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) 67 mata
  4. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR SAG Team) 58 mata
  5. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha, AHM Motorsports Yamaha Racing) 52 mata

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda