window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali!

Amirul · Jun 19, 2021 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebangkitan ekonomi dan negara Jepun

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 01

Kredit

Selari dengan pemulihan selepas perang, Jepun mula memasuki era perindustrian dengan menghasilkan televisyen dan radio mampu milik. Begitu juga dengan industri automotifnya. Walaubagaimanapun, kereta Jepun tidak menerima sambutan begitu baik di luar Negara Matahari Terbit itu.

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 02

Model Toyota pertama dijual di Amerika bukanlah pencapaian terbaik mereka

Rakyat Amerika mengejek saiznya yang kecil dan kualitinya yang diragui. Sementara itu, Eropah pula tidak begitu kejam terhadap kereta Jepun kerana kedua-duanya sedang pulih dari Perang Dunia Kedua.

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 03

Lihat gril pada Compagno

Jadi, beberapa pengeluar kereta Jepun mula menjalinkan kerjasama dengan syarikat Itali dan British, masing-masing untuk rekabentuk dan kejuruteraan. Antara pengeluar itu adalah Daihatsu yang berhubung dengan coachbuilder Itali, Vignale untuk merekabentuk satu model yang akan memperkenalkan jenama itu kepada dunia.

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 04

Compagno berbeza untuk pengguna berbeza

Hasil dari kerjasama itu ialah Daihatsu Compagno, nama yang sangat sesuai kerana ia membawa maksud “rakan kongsi” dalam Bahasa Itali. Compagno ditawarkan dengan beberapa bentuk badan termasuk sedan, wagon, pikap dan cabriolet.

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 05

Fiat 1800/2100 direka oleh Pininfarina, studio rekaan sama yang mereka-bentuk Ferrari

Rekaannya cukup kontemporari untuk masa itu dan menyerupai Fiat 1800/2100 yang lebih kecil, tetapi tetap nampak cantik.

Gaya retro dengan teknologi moden

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 06

Ada antaranya seperti Subaru ini mungkin melampau sedikit

Kini, mari kita naik semula mesin masa Kelisa kita dan bergerak ke 1990an. Retro menjadi trend di kalangan pengeluar kereta Jepun dan hampir semua pengeluar menawarkan produk dengan inspirasi itu.

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 07

Sebelum adanya Gino, ada Mira Classic

Daihatsu sudah pun menghasilkan kenderaan retro mereka dengan Mira Classic. Dengan Mira L700 generasi kelima, Daihatsu mengambil keputusan memberikan Mira Classic laluan produknya sendiri. Maka, Mira Gino dilancarkan pada 1999 dengan gril yang diinspirasikan dari Compagno.

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 08

Walaubagaimanapun, imej Mini tetap melekat di minda pengguna kerana tidak dinafikan rekabentuk Mira Gino itu sendiri menyamai rekaan Alec Issigonis, terutamanya untuk model tiga-pintu.

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 09

Daihatsu tidak kisah dengan komen mengatakan Mira Gino serupa dengan Mini. Malah, mereka memperkenalkan Minilite Special pada 2000 yang menampilkan rim dan lencana Minilite.

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 10

Mira Gino ditawarkan dengan tiga pilihan enjin, 660 cc aspirasi natural dan turbo, serta 989 cc yang dipanggil Mira Gino 1000. Apa pun, Mira Gino 1000 ini antara varian paling 'rare' dengan hanya 1,290 unit dibina dari 2002 hingga 2004.

Pengganti yang dilupakan

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 11

Mira Gino diteruskan lagi dengan generasi kedua pada 2004. Tidak seperti model sebelumnya, Gino generasi kedua ini mempunyai rekaan asli sepenuhnya yang jauh berbeza dari Mira L250 generasi keenam (model asas Perodua Viva).

Juga baca: Evolusi kereta Perodua spec ‘kosong’. Apa yang berubah dalam kereta ini?

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 12

Beberapa pemilik Kelisa mengubahsuai kereta mereka menjadi Gino generasi-kedua

Penggayaannya diinspirasikan dari MINI moden, jika anda tidak perasan ejaan 'Caps Lock' itu. Walaupun mempunyai rekaan asli, ia tidak begitu diterima baik seperti Gino asal dan beberapa pengulas pandu-uji juga bencikannya.

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 13

Ia satu-satunya Mira Gino yang dijual di luar negara dimana ia dikenali sebagai Daihatsu Trevis. Sementara Gino JDM cuma diberikan enjin 660 cc untuk memastikan ianya menepati piawaian Kei car, model eksport Trevis diberikan enjin 989 cc iaitu sama dengan sebelumnya (dan Kelisa).

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 14

Produksi untuk Gino generasi kedua berlangsung dari 2004 hingga 2009 sebelum ia digantikan dengan Mira Cocoa. Daihatsu terus memberikan rekaan berinspirasi retro untuk sesetengah model mereka yang akan datang, terutamanya Taft.

Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali! 15

Walaubagaimanapun, Mira Gino masih dikenali sebagai kereta klasik bukan sahaja dari kalangan peminat Kelisa di sini, tapi juga di Jepun. Pengendaliannya yang lincah, terutamanya enjin 989cc yang dipadankan dengan transmisi manual, menggambarkan Mini original tetapi dengan ketahanan lebih baik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda