window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Penulis kami beli Perodua Axia 2023 serba baru - cinta pandang pertama di bilik pameran!

Mersita · May 7, 2023 06:00 PM

Video: Penulis kami beli Perodua Axia 2023 serba baru - cinta pandang pertama di bilik pameran! 01

Apabila geng WapCar kami, CY Foong, beritahu dia nak beli Perodua Axia 2023 serba baru, kami pun tumpang teruja dan gembira! Keseronokan beli kereta baru dikongsi, namun apabila ditanya tentang Proton Waja lamanya, momen ini turut disulam rasa sedih kerana Waja yang sudah berkhidmat untuk keluarganya sejak 20 tahun lalu itu terpaksa dijual.

Video: Penulis kami beli Perodua Axia 2023 serba baru - cinta pandang pertama di bilik pameran! 02

Misty, Waja lama CY didampingi pengganti baharunya

Kata CY, berdasarkan bajetnya, calon pengganti utama bagi sedan ‘lejen’ ini hanyalah kereta Perodua dan pilihannya adalah antara Ativa ataupun Axia serba baru. Setelah dipertimbangkan masak-masak, Axia Coral Blue menjadi pilihan hati dan mula berkhidmat sebagai kereta hariannya sejak 2 bulan lalu.

Video: Penulis kami beli Perodua Axia 2023 serba baru - cinta pandang pertama di bilik pameran! 03

Pilihan selamat untuk ramai rakyat Malaysia, tapi bukan pilihan hati CY

Ada juga yang turut bertanya padanya, “Kenapa tak nak ambil ‘King’ si Myvi?”. Menurut tuan punya badan, ya, Myvi sememangnya “pilihan selamat”. Akan tetapi, dia tahu Myvi generasi terbaru ini bukanlah kereta yang selesa walaupun ia diberi transmisi D-CVT baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara

Video: Penulis kami beli Perodua Axia 2023 serba baru - cinta pandang pertama di bilik pameran! 01

Sebaliknya, Axia pula cukup mengagumkan sejak pertama kali CY memandunya di acara previu media sebelum pelancaran rasminya. Sehingga ke hari ini, dia masih tak percaya betapa cemerlangnya pakej ditawarkan kereta marhaen ‘entry level’ ini. Varian dipilihnya pula ialah varian tinggi.

Juga baca: Rebiu: Perodua Axia 1.0 AV 2023 - Mengangkat taraf kereta peringkat permulaan di Malaysia!

Video: Penulis kami beli Perodua Axia 2023 serba baru - cinta pandang pertama di bilik pameran! 02

Setelah 2 bulan pemilikan, Axia ‘full spec’ 1.0 AV diberi nama Coral ini telah dipandu hampir 2,000 km. Walaupun perasaannya tak sama seperti memandu kereta Waja manual lama, CY berkata Axia sekurang-sekurangnya amat jimat minyak dan saiznya yang kecil memudahkan pemanduan di bandar.

Juga baca: Perodua Axia baharu 2023 FAQ: Semua persoalan tentang hatchback termurah Malaysia ini dijawab!

Video: Penulis kami beli Perodua Axia 2023 serba baru - cinta pandang pertama di bilik pameran! 03

Buat masa ini, CY pastinya sedang seronok menikmati kereta barunya, si Axia Coral. Jom tonton video di bawah yang merakamkan detik indah CY mengambil kereta barunya di Perodua Suasa Suria Taman Maluri, Cheras sambil ditemani Greg. Sememangnya cinta pandang pertama!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda