window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza

Faisal Β· Feb 9, 2023 03:00 PM

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza 01

  • Perodua Bezza dapat skor 5 bintang
  • Perodua Axia D74A dapat skor 4 bintang pada 2023, tapi dua keputusan ini tidak boleh dibanding kerana metodologinya lain
  • Protokol ASEAN NCAP 2021-2025 mengutamakan keselamatan motosikal, ada mata lebih untuk AEB yang dapat mengesan motosikal

Penarafan keselamatan ASEAN NCAP baru sahaja mengeluarkan laporan berkenaan Perodua Axia 2023 D74A dan ia mencapai skor 73.55 mata, sekaligus memberikannya 4 bintang. Tetapi kalau dilihat semula, Bezza mendapat sehingga 5 bintang.

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza 02

Jadi adakah ini bermaksud Axia baharu kurang selamat daripada Bezza? Kalau anda nak tahu, kedua-dua model sebenarnya diuji dalam metodologi yang berbeza.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza 01

Secara teknikal, institusi besar di seluruh negara seperti Euro NCAP, Chinese NCAP, Australasian NCAP dan Japanese NCAP menggunakan metodologi yang berlainan. Jadi, tidak semestinya kereta yang dapat penarafan keselamatan 5 bintang di Eropah akan dapat skor sama di rantau kita.

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza 02

Selalunya, metodologi yang lagi baru akan merangkumi teknologi keselamatan yang paling terkini seperti ciri bantuan keselamatan autonomi.

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza 03

Dalam metodologi 2021-2025, Alza berjaya mendapat skor 5 bintang.

Untuk makluman anda, Euro NCAP mengubah metodologi mereka untuk setiap 3 tahun, manakala ASEAN NCAP pada setiap 5 tahun. Metodologi ASEAN NCAP sekarang adalah untuk 2021 ke 2025.

Juga bacaPerodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat?

Berbanding metodologi ujian Bezza yang diguna pada tahun 2016, Axia serba baharu perlu melalui penilaian yang lebih ketat. Untuk Bezza, terdapat skor 5 bintang untuk varian yang ada ESC dan skor 4 bintang untuk yang tiada ciri tersebut.

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza 04

Bahagian tepi Axia D74A sudah terpampang jelas.

Setahun selepas keputusan ujian Bezza dilaporkan, ASEAN NCAP memperkenalkan methodologi lebih baru yang mengandungi tiga cabang – Adult Occupant Protection (AOP), Child Occupant Protection (COP) dan Safety Assist (SAT). Metodologi ini berkuatkuasa dari 2017 hingga 2020. Jadi, kalaulah Bezza diuji dalam metodologi ini, ia mungkin tidak lagi mendapat skor 5 bintang.

Juga bacaHonda WR-V mendapat penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, bakal bersaing dengan Ativa di Malaysia?

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza 05

Untuk pengetahuan anda, metodologi 2021-2025 yang diguna sekarang menambah kategori Motorcyclist Safety (MS).

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza 06

Skor ASEAN NCAP untuk Axia D74A. Semua 5 bintang kecuali bab Motorcyclist Safety (MS).

Menurut laporan ASEAN NCAP, inilah bahagian yang Axia D74A tidak dapat 5 bintang.

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza 07

Sebabnya adalah Perodua Smart Drive Assist (PSDA) hanya mengesan kenderaan besar tetapi untuk motosikal, tidak seberapa. Apapun, ini bukan bermakna Axia D74A kurang selamat - jauh sama sekali.

Inilah sebab kenapa Perodua Axia 2023 hanya dapat ASEAN NCAP 4 bintang, bukan 5 macam Bezza 08

Dari segi standard, Axia serba baharu dah lengkap dengan 2 beg udara, ABS, VSC, manakala varian atas datang sekali dengan PSDA dan 6 beg udara.

Juga bacaPerodua Axia terima 3.5k tempahan dalam masa seminggu, sasar 5.2k unit jualan sebulan!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda