window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia akan debut Toyota Agya generasi 2023 pada 13 Februari, hari sama dengan Perodua Axia D74A?

Faisal · Feb 7, 2023 05:00 PM

Indonesia akan debut Toyota Agya generasi 2023 pada 13 Februari, hari sama dengan Perodua Axia D74A? 01

Selalunya, Malaysia akan lebih lambat dari Indonesia apabila bercakap tentang pelancaran kereta. Tetapi untuk Perodua Axia D74A, ia mungkin akan dilancarkan dahulu berbanding kembar di Indonesia iaitu Toyota Agya dan Daihatsu Ayla.

Indonesia akan debut Toyota Agya generasi 2023 pada 13 Februari, hari sama dengan Perodua Axia D74A? 02

Bagi anda yang belum tahu, tempahan dan harga anggaran buat Axia baharu telahpun diumum tetapi di Indonesia, rakan kami dari AutoFun ID telahpun menerima jemputan dari Toyota yang mana ia mengenai pelancaran sebuah model baru pada 13 Februari nanti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Indonesia akan debut Toyota Agya generasi 2023 pada 13 Februari, hari sama dengan Perodua Axia D74A? 01

Jemputan tersebut hanya memberitahu bahawa ia adalah “World Premiere of Toyota’s New Excitement Icon”. Secara tidak langsung, AutoFun ID suspek bahawa ia adalah pelancaran Toyota Agya generasi baru.

Indonesia akan debut Toyota Agya generasi 2023 pada 13 Februari, hari sama dengan Perodua Axia D74A? 02

Perodua X Concept.

Menariknya, Perodua sendiri belum mengumumkan tarikh pelancaran Axia D74A di tanah air kita.

Juga bacaPerodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital!

Indonesia akan debut Toyota Agya generasi 2023 pada 13 Februari, hari sama dengan Perodua Axia D74A? 03

Enjin 1.2L 3 silinder pada Daihatsu Rocky di Indonesia.

Dari segi teknikal, kembar di Indonesia mungkin menggunakan enjin 1.2L 3 silinder WA-VE (88 PS, 112 Nm), bukannya nadi 1.0L 3 silinder 1KR-VE (68 PS, 91 Nm) yang mungkin beransur pada Axia D74A.

Indonesia akan debut Toyota Agya generasi 2023 pada 13 Februari, hari sama dengan Perodua Axia D74A? 04

Menariknya, AutoFun ID melaporkan bahawa Toyota Agya generasi baharu mungkin hadir dengan sokongan Apple CarPlay & Android Auto. Sebagai perbandingan, Axia D74A varian atas hanya datang dengan penyambungan SmartLink dari Perodua.

Indonesia akan debut Toyota Agya generasi 2023 pada 13 Februari, hari sama dengan Perodua Axia D74A? 05

Untuk si kembar yang satu lagi iaitu Daihatsu Ayla generasi baharu, ia mungkin akan dilancar kemudian. Spekulasi dari AutoFun ID sendiri memaklumkan bahawa Ayla akan dilancar pada 15 Februari, kebetulan pula dalam garis masa sama dengan Indonesia International Motor Show (IIMS) 2023 yang akan berlangsung pada 16 - 26 Februari 2023.

Juga bacaPerodua akan melancarkan 2 lagi model baru selepas Perodua Axia D74A 2023! Apakah 2 model tersebut?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda