window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu?

Faisal Β· Feb 9, 2023 11:00 AM

Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu? 01

  • Sebelum ini, model Perodua selalunya dilancarkan selepas Toyota/Daihatsu di Indonesia
  • Perodua Axia 2023 akan dilancar lagi awal daripada Daihatsu Ayla
  • Sasaran tahunan buat Perodua Axia adalah 3x ganda lagi banyak daripada Toyota Agya dan Daihatsu Ayla

Anda mungkin sudah tahu bahawa Perodua Axia 2023 D74A akan dilancar di Malaysia pada 14 Februari ini. Sebelum ini, Perodua hanya akan melancarkan model baharu selepas kembar Toyota atau Daihatsu di Indonesia melancarkan model tersebut.

Perkara ini dapat dilihat pada Perodua Alza dan Axia generasi pertama. Menariknya, Perodua Ativa dilancarkan awal 2 bulan daripada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize di Indonesia.

Bagi anda yang belum tahu, pasaran Indonesia dibanjiri oleh MPV seperti Toyota Avanza, Veloz dan Daihatsu Xenia iaitu kereta yang dikenal sebagai LMPV. Hatchback segmen A seperti Toyota Agya dan Daihatsu Ayla pula dikenal sebagai LCGC – Low Cost Green Cars.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaGambar penuh Perodua Axia D74A 2023 tanpa celoreng - rupa serba baru!

Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu? 01

Sebelum ini, Perodua Alza dilancarkan 8 bulan lebih lewat daripada Toyota Veloz di Indonesia. Tetapi untuk Axia D74A, ia seakan terbalik.

Kalau anda nak tahu, Axia generasi pertama dilancarkan hampir 1 tahun lewat daripada kembar di Indonesia tetapi untuk kali ini, lebih awal daripada Daihatsu Ayla (15 Februari) tetapi selepas Toyota Agya.

Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu? 02

Daihatsu Ayla 1.2L di Indonesia. Enjin lagi besar adalah untuk menepati piawaian struktur pencukaian kenderaan LCGC.

Secara amnya, Toyota Indonesia akan melancarkan Agya 2023 pada 13 Februari, satu hari sebelum giliran Axia (14 Februari).

Dari segi teknikal, trio ini menggunakan arkitektur sama tetapi dengan perbezaan dari segi trenkuasa, kelengkapan dan perincian reka bentuk bagi menyesuaikan dengan pasaran masing-masing. Perihal seperti struktur pencukaian dan piawaian tempatan juga diambil kira.

Juga bacaInilah dia: sekilas pandang Perodua Axia D74A 2023 - lebih besar, selamat, jimat bahan api & selesa!

Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu? 03

Toyota Agya.

Jadi, dengan Perodua (sinonim dengan bayangan Daihatsu) akan melancarkan Axia lagi awal daripada si kembar Daihatsu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Tahun lepas, sebanyak 23,500 unit Daihatsu Ayla telah dijual. Toyota Agya pula pada 21,336 unit. Perodua pula tidak mendedahkan jualan 2022 mengikut model tetapi kami tahu bahawa 52,983 unit Axia telah dihasilkan pada tahun lepas, belum termasuk tempahan yang tertunggak.

Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu? 04

Untuk Axia D74A, Perodua menyasarkan jualan bulanan sebanyak 5,700 unit, kiranya 68,400 unit – hampir 3x ganda dari apa yang Toyota Agya dan Daihatsu Ayla di Indonesia capai pada tahun lepas.

Antara sebab kenapa Axia dapat dijual sebanyak itu adalah Honda Malaysia tidak menawarkan Honda Brio langsung. Di Indonesia, Daihatsu dan Toyota perlu berdepan dengan saingan dari Honda.

Untuk makluman anda, Honda Brio adalah kereta paling laku di Indonesia untuk 2022 – 61,025 unit terjual, 3x lagi banyak daripada Agya dan Ayla!

Juga bacaHonda Brio - Hatchback lambang 'H' yang Malaysia tak dapat, semua salah...

Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu? 05

Honda Brio.

Menariknya, untuk trio Ativa, Perodua tahun lepas menghasilkannya sebanyak 30,267 unit. Indonesia pula mengimport 8,446 unit Daihatsu Rocky dan 24,092 unit Toyota Raize.

Jadi, kejayaan Perodua di Malaysia dengan pasaran yang separuh lebih kecil dari Indonesia nampaknya cukup mengagumkan.

Juga bacaHonda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion

Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu? 06

Mungkin inilah sebab kenapa Daihatsu memberi laluan kepada Perodua untuk melancarkan Axia D74A dulu.

Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu? 07

Myvi dibangunkan oleh Perodua, dieksport ke Indonesia sebagai Daihatsu.

Lagipun, Perodua telah membuktikan kebolehan mereka melalui pembangunan Bezza dan Myvi yang mana bantuan oleh pihak Jepun tidak begitu banyak. Perodua sekarang sudah menjadi pusat R&D serantau buat syarikat Emerging Market Car Company (EMCC) yang dimiliki oleh Toyota-Daihatsu.

Vios generasi 2023 (D92A) juga dibangunkan oleh Perodua tetapi Vios akan kekal sebangai produk Toyota sahaja.

Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu? 08

Vios baru, dijual di Thailand sebagai Yaris Ativ.

Di Asia Tenggara, Perodua kini adalah syarikat keempat terbesar iaitu di belakang Toyota, Honda dan Isuzu. Kalau kategori kenderaan komersial dibuang, Perodua kiranya No.3 iaitu di belakang Honda tetapi mendahului Mitsubishi Motors.

10 jenama teratas di pasaran Asia Tenggara untuk tahun 2022

  • Toyota: 985,463 unit
  • Honda: 338,980 unit
  • Isuzu: 287,095 unit
  • Perodua: 282,019 unit
  • Mitsubishi: 266,525 unit
  • Daihatsu: 202,665 unit
  • Proton: 141,432 unit (total produksi, termasuk export di luar Asia Tenggara)
  • Suzuki: 130,433 unit
  • Hyundai: ~120,583 unit
  • Ford: ~100,000 unit (anggaran)

Juga bacaPandu uji ringkas Perodua Axia baharu 2023 - ini standard baru untuk kereta asas Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda