window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Damok dapat tiket Kejuaraan Motosikal Dunia, pengumuman rasmi 15 Oktober ini!

Khairil ยท Oct 7, 2021 03:00 PM

Damok dapat tiket Kejuaraan Motosikal Dunia, pengumuman rasmi 15 Oktober ini! 01

Seperti jangkaan, pelumba negara yang berjaya meraih satu kemenangan di perlumbaan Moto3 Kejuaraaan CEV Eropah, Syarifuddin Azman atau dikenali Damok bakal membuat penampilan penuh di Kejuaraan Motosikal Dunia musim depan.

Perkembangan itu disuarakan sendiri Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin dalam satu sidang media membabitkan kejuaraan tempatan, FIM MiniGP Malaysia, semalam.

Juga baca: Damok cipta bangga di Catalunya, juarai perlumbaan 1 CEV Moto3!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Damok dapat tiket Kejuaraan Motosikal Dunia, pengumuman rasmi 15 Oktober ini! 01

Zulfahmi Khairuddin

Sekalipun enggan mendedahkan secara lebih mendalam mengenainya, Zulfahmi berkata pengumuman rasmi berkemungkinan besar akan dibuat pada tarikh 15 Oktober ini.

"Apa yang saya boleh cakap ketika ini kita sedang berusaha dan masih mengadakan perbincangan dengan pasukan dan semuanya nampak positif. Jadi kita akan membuat pengumuman pasukan dan pelumba pada 15 Oktober ini," kata Zulfahmi.

Damok dapat tiket Kejuaraan Motosikal Dunia, pengumuman rasmi 15 Oktober ini! 02

Mengulas mengenai seorang lagi pelumba negara iaitu Adam Norrodin, Zulfahmi berkata situasi tampak sedikit sukar dengan pihak SIC (Litar Antarabangsa Sepang) masih menilai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) pelumba berkenaan.

Adam setakat ini belum memenangi sebarang perlumbaan di FIM CEV Moto2 namun berjaya mendaki beberapa podium kejuaraan.

Damok dapat tiket Kejuaraan Motosikal Dunia, pengumuman rasmi 15 Oktober ini! 03

Lanjut mengenai pasukan yang akan disertai Damok, Zulfahmi berkata ia adalah pasukan yang baru menyertai kancah Kejuaraan Motosikal Dunia dan pasukan yang mempunyai rekod yang baik di CEV.

Juga baca: Moto3: Prestasi membanggakan Damok di Aragon, kutip 3 mata di Kejuaran Dunia!

Damok dapat tiket Kejuaraan Motosikal Dunia, pengumuman rasmi 15 Oktober ini! 04

Untuk Damok, sekalipun pelumba berusia 19 tahun itu tidak pernah menunggang jentera Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia, penampilan sulungnya di kejuaraan berkenaan selaku pelumba wildcard di GP Aragon, bulan lalu boleh dianggap memuaskan. 

Damok dapat tiket Kejuaraan Motosikal Dunia, pengumuman rasmi 15 Oktober ini! 05

Pada aksi berkenaan, sekalipun bermula di petak ke-21 pada, Damok berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 sekaligus mengutip mata pertamanya di Kejuaraan Motosikal Dunia.

Sumber imej: ZK Racing
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda