window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Demam K-Pop bantu pemandu tuk-tuk di Bangkok raih pendapatan dalam pandemik COVID-19

Mersita · Jun 29, 2021 04:00 PM

Demam K-Pop bantu pemandu tuk-tuk di Bangkok raih pendapatan dalam pandemik COVID-19 01

Tampal saja nama, gambar, dan warna tema bintang Korean Pop (K-pop) kegemaran ramai di produk anda, pasti ramai peminat dan ‘army’ berebut untuk membelinya. Bagi membantu golongan yang terkesan sewaktu pandemik COVID-19 melanda, sekumpulan peminat K-pop di Bangkok, Thailand telah menggunakan konsep pemasaran ini untuk membantu pengusaha tuk-tuk menjana pendapatan.

Demam K-Pop bantu pemandu tuk-tuk di Bangkok raih pendapatan dalam pandemik COVID-19 02

Industri pelancongan di seluruh dunia menerima tempias besar sejak pandemik COVID-19 diumumkan lebih setahun lalu. Menurut laporan Reuters, pemandu teksi tuk-tuk di Bangkok seperti Samran Thammasa, 39, sedia menerima bantuan dari orang awam – termasuklah membenarkan poster bintang K-pop, Jessica Jung, ditampal di belakang tuk-tuknya oleh sekumpulan anak muda yang mahu membantu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Demam K-Pop bantu pemandu tuk-tuk di Bangkok raih pendapatan dalam pandemik COVID-19 01

Kumpulan peminat ini yang seringkali menjalankan kempen sambutan hari jadi idola masing-masing serta meraikan promosi pelancaran album baharu artis kegemaran mereka mula mencetak bahan promosi mereka sendiri dan merekrut pemandu tuk-tuk sebagai penyebarnya.

Ternyata, sejak beberapa bulan mengusung poster artis wanita berkenaan di sekitar bandar, Samran berjaya menjana sekitar 600 baht (~RM 77.76) sebulan! Walaupun jumlahnya tidak seberapa bagi sesetengah orang, ia cukup banyak bagi mereka, katanya. Bagi pemandu tuk-tuk di Bangkok, peminat K-pop ini telah menjadi sistem sambungan hayat dan menyuntik semangat mereka untuk terus berjuang.

Demam K-Pop bantu pemandu tuk-tuk di Bangkok raih pendapatan dalam pandemik COVID-19 02

Ketika Bangkok masih lagi dikerumuni pelancong sebelum pandemik melanda, Samran biasanya mampu menjana sekitar 1,500 baht (~RM 194.39) sehari daripada membawa pelancong asing ke sana ke mari. Kini, metropolitan itu lengang dan sunyi sepi mengakibatkan ramai hilang punca pendapatan.

Bantuan tidak dijangka tiba tahun ini daripada sekumpulan belia yang taksub dengan bintang K-pop. Kumpulan ini mula menghampiri pengusaha kecil-kecilan seperti tuk-tuk dan penjaja makanan dengan menyalurkan dana pengiklanan artis K-pop kepada mereka.

Demam K-Pop bantu pemandu tuk-tuk di Bangkok raih pendapatan dalam pandemik COVID-19 03

Muncullah tuk-tuk dan gerai penjaja yang dihiasi dengan poster bintang BTS terkenal seperti Jungkook, pelakon Chae Jong-Hyeop, penyanyi Sunny, dan ramai lagi. Poster dan kain rentang ini akan bertukar setiap bulan.

Sejak itu, banyak tuk-tuk yang membawa poster ini ditahan golongan muda yang juga taksub dengan artis K-pop sensasi kegemaran masing-masing kerana mahu bergambar dan menggunakan khidmat tuk-tuk dengan tip tambahan bagi menunjukkan sokongan.

Setakat ini, inisiatif itu memberi pulangan untuk beratus-ratus pemandu tuk-tuk. Menurut data kerajaan, ada lebih daripada 9,000 tuk-tuk berdaftar di Bangkok.

Demam K-Pop bantu pemandu tuk-tuk di Bangkok raih pendapatan dalam pandemik COVID-19 04

Trend ini sebenarnya bermula dari protes anti-kerajaan tahun lalu dimana ribuan belia menyertainya, termasuklah kumpulan peminat K-pop ini sendiri. Kumpulan ini berikrar untuk menghentikan pengiklanan serta promosi mereka di ‘skytrain’ dan tren bawah tanah Bangkok setelah servis pengangkutan awam itu dihentikan bagi menghalang mereka untuk hadir ke tapak protes tahun lalu.

Peminat K-pop, Pichaya Prachathomrong, 27, memberitahu Reuters yang langkah ini merupakan satu ungkapan politik yang mereka tidak menyokong kapitalis. Mereka lebih rela menyalurkan bantuan dan bisnes kepada golongan yang lebih memerlukan.

Servis “Tuk Up” yang ditubuhkan oleh pelajar universiti, Thitipong Lohawech, 21, kini menyokong sekitar 300 pemandu tuk-tuk dari seluruh Bangkok. Servis ini pada mulanya membantu ramai pemandu yang menyewa kenderaan dari garaj keluarganya.

Demam K-Pop bantu pemandu tuk-tuk di Bangkok raih pendapatan dalam pandemik COVID-19 05

“Peminat (K-pop) mengagihkan pendapatan kepada akar umbi, dan ini membantu menggerakkan perubahan sosial serta menyokong ekonomi,” kata Thitipong.

Ini pastinya satu inisiatif yang kreatif dan menarik untuk mendokong industri terbeban dikala pandemik COVID-19 ini. Siapa sangka penangan idola K-pop boleh menarik pelanggan sebegitu ramai, mungkin belia kita di Malaysia patut ambil iktibar.

Sumber berita & gambar: Reuters

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda