window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dirakam tunggang motosikal berkuasa tinggi dengan laju sebelum kemalangan maut

Haris · Dec 10, 2021 03:00 PM

Dirakam tunggang motosikal berkuasa tinggi dengan laju sebelum kemalangan maut 01

Kemalangan kali ini benar-benar membuka mata bagi pengejar adrenalin. Seorang lelaki berumur 32 tahun dilaporkan maut akibat motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu menyebabkan kemalangan maut di Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak arah barat pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa siasatan telah dijalankan terhadap kemalangan tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dirakam tunggang motosikal berkuasa tinggi dengan laju sebelum kemalangan maut 01

“Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa motosikal tersebut dari Bukit Tinggi menghala ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan di satu selekoh lalu melanggar belakang sebuah kereta Perodua Myvi.

“Kemudian motosikal bergerak ke kiri lalu melanggar penghadang besi belakang tayar kanan sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit.

Dirakam tunggang motosikal berkuasa tinggi dengan laju sebelum kemalangan maut 02

Mangsa, seorang lelaki berusia 32 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat terpelanting jatuh. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut diminta untuk menghubungi Asp Zulkifli Bin Yahya, Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD) Bentong di talian 09-2222222.

Kemalangan tersebut sempat dirakam oleh pengguna jalan raya lain beberapa saat sebelum kejadian.

Pihak polis daerah Bentong turut menasihati pengguna jalan raya lain supaya berhati-hati serta berhemah ketika menggunakan jalan raya. Kenderaan juga perlu diselenggara dengan baik sebelum menggunakannya apatah lagi dalam tempoh perjalanan yang panjang.

Baca: Video: ‘Dashcam’ Perodua Aruz rakam kemalangan berkelajuan tinggi, 3 maut

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda