window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diskaun selepas-jualan Volkswagen Malaysia tawar penjimatan hebat!

Mersita Β· Jul 9, 2021 10:00 AM

Diskaun selepas-jualan Volkswagen Malaysia tawar penjimatan hebat! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan beberapa tawaran selepas-jualan yang menarik di bawah inisiatif Volkswagen Cares bagi merendahkan kos terpaksa ditanggung pemilik kereta di masa sukar ini.

Sebagai jenama yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pelanggan, pelan jimat kos ini boleh membantu pemilik kereta Volkswagen untuk mendapatkan servis mampu-milik sambil menambahbaik pengalaman pemilikan mereka.

Diskaun selepas-jualan Volkswagen Malaysia tawar penjimatan hebat! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Fleksibiliti Kewangan dengan Pelan Pembayaran Faedah 0% bagi Selepas-Jualan

Pemilik kini boleh menarik nafas lega atas kos servis dan pembaikan dengan pelan pembayaran fleksibel dan mudah ini. Mereka boleh pilih samada untuk mengansurkan bayaran selama enam atau 12 bulan pada kadar faedah 0% - dengan syarat bayaran dibuat menggunakan kad kredit.

Pelan ini boleh didapati di pusat-pusat servis Volkswagen sah yang terpilih. Pemilik dinasihati untuk bertanya kepada peniaga pilihan mereka tentang terma dan syarat spesifik berkenaan pelan ini.

Diskaun selepas-jualan Volkswagen Malaysia tawar penjimatan hebat! 01

Diskaun Servis 20% bagi Ahli VCP (Volkswagen Care Plus)

Ahli VCP boleh menikmati lebih banyak penjimatan dengan tawaran-tawaran ini dan mereka layak menerima tiga baucar rebat 20% bagi servis ‘maintenance’ kereta. Baucar ini boleh digunakan dari tahun kelima servis dan dua servis yang seterusnya dalam jangkamasa tiga tahun.

Selain itu, para pelanggan juga akan menikmati ‘roadside assistance’/bantuan tepi jalan percuma selama dua tahun di bawah VCP (tertakluk terma dan syarat).

Diskaun selepas-jualan Volkswagen Malaysia tawar penjimatan hebat! 02

Diskaun 30% untuk Pakej Pembaikan Volkswagen

Pelanggan boleh nikmati diskaun 30% untuk Pakej Pembaikan terpilih apabila mereka membaiki kereta di pusat servis Volkswagen yang sah. Tawaran ini merangkumi model Volkswagen berusia lebih 5 tahun.

Diskaun selepas-jualan Volkswagen Malaysia tawar penjimatan hebat! 03

Kelebihan Pelan Insurans Volkswagen (VIP)

Tiada kos penambahbaikan untuk kenderaan berusia lebih daripada 10 tahun, dan pemegang polisi akan menerima perlindungan komprehensif serta pelbagai servis nilai-tambah tanpa perlu membayar yuran tambahan.

Tambahan lagi, ada jumlah yang dipersetujui (agreed sum) dan nilai jaminan (insured value) bagi kenderaan berusia sehingga 10 tahun jika berlaku kemalangan ‘total loss’.

Diskaun selepas-jualan Volkswagen Malaysia tawar penjimatan hebat! 04

Kelebihan VIP lain-lain termasuklah kelulusan tuntutan diutamakan, kelulusan penggantian cermin hadapan (windscreen) baharu dalam masa dua jam, bantuan tepi jalan berserta servis tunda kecemasan 24 jam, serta jaminan supaya kerja-kerja pembaikan akan dijalankan di pusat badan & cat Volkswagen diiktiraf dimana standard pembaikan dengan alat-ganti tulen sahaja akan digunakan.

Dengan semua pakej jimat kos dan servis kemudahan yang disediakan Volkswagen ini, kepuasan pelanggan menjadi keutamaan. Pemilik juga digalakkan untuk turut serta dalam tinjauan Car Advisor yang akan dikongsikan oleh peniaga masing-masing sejurus selepas setiap servis dilengkapkan. Ini adalah untuk memastikan Volkswagen terus mengekalkan tahap pengalaman pelanggan yang sempurna pada setiap masa.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda