window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dua laluan baru akan dibuka untuk tren DMU KTM - Fasa kedua

Mersita ยท Dec 30, 2021 07:00 PM

Dua laluan baru akan dibuka untuk tren DMU KTM - Fasa kedua 01

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan dua lagi laluan baharu bagi perkhidmatan Diesel Multiple Unit (DMU) mulai 15 Januari 2022.

Perkhidmatan tren KTM yang diperluas ini kini akan merangkumi laluan Gemas (N. Sembilan) – Kuala Lipis (Pahang) – Gemas dan Gemas – Gua Musang (Kelantan) – Gemas.

Dua laluan baru akan dibuka untuk tren DMU KTM - Fasa kedua 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Laluan Bahau (N. Sembilan) – Kuala Lipis dan Bahau – Gua Musang dengan kekerapan dua kali sehari turut diperkenalkan bermula 15 Januari nanti.

Penumpang boleh mendapatkan tiket mulai 5 Januari 2022 melalui aplikasi KTMB Mobile atau secara dalam talian dan melalui semua medium pembelian tiket KTMB untuk perjalanan dari 15 Januari sehingga 30 Jun 2022.

Dua laluan baru akan dibuka untuk tren DMU KTM - Fasa kedua 01

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, tempoh tempahan ini adalah bagi memberi ruang untuk penumpang membuat persiapan dan perancangan awal samada untuk pulang ke kampung atau bercuti.

Dua laluan baru akan dibuka untuk tren DMU KTM - Fasa kedua 02

Laluan baru ini juga merupakan fasa kedua bagi khidmat tren DMU oleh KTMB sejak ia dilancarkan kira-kira lapan bulan lalu.

Menurut laporan K! Online, kempen jualan tiket mega juga merangkumi pertambahan kepada 32 perkhidmatan tren elektrik (ETS) berbanding 16 perjalanan yang ada pada masa sekarang untuk laluan dari stesen KL Sentral membabitkan destinasi ke Butterworth, Pulau Pinang (10 perjalanan); Ipoh, Perak (10 perjalanan); Padang Besar, Perlis (8 perjalanan); Gemas-Butterworth (2 perjalanan) dan Gemas-Padang Besar (2 perjalanan).

Dua laluan baru akan dibuka untuk tren DMU KTM - Fasa kedua 03

Perkhidmatan InterCity juga ditambah kekerapannya kepada 20 servis berbanding 16 kali pada masa ini yang akan meliputi Ekspres Timuran, Ekspres Selatan, dan Shuttle Timuran.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda