window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EV dua roda jenama Blueshark bakal jengah pasaran tempatan, kerjasama EPMB, Sharkgulf & CIS!

Khairil ยท Mar 9, 2022 02:00 PM

EV dua roda jenama Blueshark bakal jengah pasaran tempatan, kerjasama EPMB, Sharkgulf & CIS! 01

Satu lagi produk Kenderaan Elektrik (EV) dua roda bakal menjengah pasaran Malaysia dan Asia Tenggara susulan perjanjian yang dimeterai syarikat tempatan, EP Manufacturing Bhd (EPMB) dengan CIS Pride Silver Rock Fund dan Sharkgulf Technologies Group Ltd, China.

Perjanjian tersebut ditandatangani di Pusat Perdagangan & Pelaburan Malaysia di Shanghai, baru-baru ini dan ia membabitkan proses pemasangan, mengeluar dan pengedaran EV berkenaan.

EV dua roda jenama Blueshark bakal jengah pasaran tempatan, kerjasama EPMB, Sharkgulf & CIS! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk EPMB, usaha yang dilakukan ini dikatakan membuka lembaran baharu buat syarikat berkenaan dalam usaha mempelbagaikan dan melengkapkan modul perniagaannya ketika ini.

Menurut EPMB dalam makluman kepada Bursa Malaysia memetik laporan Bernama, pihak yang terbabit dijangka mendapat manfaat daripada kerjasama strategik ini dengan memperluaskan keupayaan individu serta kekuatan gabungan mereka.

EV dua roda jenama Blueshark bakal jengah pasaran tempatan, kerjasama EPMB, Sharkgulf & CIS! 01

Sebagai info, Sharkgulf Technologies terbabit dalam perniagaan membangun, mengeluar serta mengedar EV dua roda berjenama berjenama Blueshark, memetik laporan Kosmo.

Melalui perjanjian berkenaan, Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata kumpulan bakal menceburi bidang pembuatan, pemasangan dan pengedaran EV dua roda untuk Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

EV dua roda jenama Blueshark bakal jengah pasaran tempatan, kerjasama EPMB, Sharkgulf & CIS! 02

Antara produk jenama Blueshark

Sementara itu, CIS pula terbabit dalam pembangunan kilang pembuatan Sharkgulf di China dan/atau kilang pembuatan EPMB di Malaysia, membiayai pemajakan produk kontrak serta pemudahan dan pengurusan rantaian bekalan produk Sharkgulf.

Perjanjian itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan gearan EPMB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda