window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fokus membangun infra pengecas EV dan pelan langganan, Mercedes-Benz dan Gentari jalin kerjasama

Faisal · Dec 7, 2023 12:54 PM

Fokus membangun infra pengecas EV dan pelan langganan, Mercedes-Benz dan Gentari jalin kerjasama 01

Pembekal solusi tenaga bersih, Gentari kini merancang untuk bekerjasama dengan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melalui subsidiarinya, Gentari Green Mobility bagi mempercepatkan peralihan ke EV di Malaysia. Perkara ini diketengahkan melalui pembangunan bersama dari segi infrastruktur dan fasiliti pengecas EV.

Kerjasama ini juga mungkin merangkumi perkhidmatan yang bernilai seperti pelan langganan mengecas boleh ubah untuk meningkatkan lagi tahap kepuasan pengalaman buat pemilik EV Mercedes-Benz. Potensi kerjasama ini akan melibatkan usaha dengan EV Connection iaitu pihak yang mengoperasikan JomCharge. Pihak ini menekan aspek fasiliti mengecas yang strategik untuk pemanduan jarak jauh bagi pemandu-pemandu EV.

Kata Amanda Zhang iaitu CEO dan Presiden Mercedes-Benz Cars Malaysia, “Bersama EV Connection, kepakaran Gentari adalah selari dengan visi kami untuk mengoptimumkan langskap automotif melalui penawaran kenderaan elektrik berkuasa tinggi dan rangkaian mengecas yang lasak dan memudahkan. Selari dengan Electric Only Vision kami, kerjasama ini menandakan langkah penting dalam menawarkan pengangkutan lestari di Malaysia”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Fokus membangun infra pengecas EV dan pelan langganan, Mercedes-Benz dan Gentari jalin kerjasama 01

Setakat ini, Gentari Green Mobility sudah ada 79 pengecas DC di 9 negeri di seluruh Malaysia dan mereka sedang giat untuk memperkembangkan produk di rantau Asia Pasifik.

Jelas Shah Yang Razalli selaku Timbalan CEO Gentari dan Gentari Green Mobility, “Gentari teruja untuk bekerjasama dengan rakan seperti Mercedes-Benz Malaysia. Sebagai pengoperasi rangkaian DC terbesar di negara ini, Gentari komited untuk kekal membangunkan pengecas berkuasa tinggi dan memudahkan gerakan elektrifikasi di Malaysia”.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia